Photojojo perkenal lensa untuk iPhone

Photojojo perkenal lensa untuk iPhoneAwal kemunculan telefon bimbit berkamera, seingat penulis kamera jenis VGA dengan resolusi 0.3 megapiksel. Walaupun berlaku peningkatan kualiti kamera sehingga 5, 8 dan 12 megapiksel dari generasi ke generasi, lensa kamera tetap terhad satu sahaja untuk semua aplikasi. Hanya perisian tertentu sahaja dihasilkan untuk meniru kepelbagaian jenis lensa.

Baru-baru ini, Photojojo telah memperkenalkan 3 lensa kamera untuk , iaitu lensa telefoto zoom 2x, lensa mata ikan dengan paparan 180 darjah dan lensa bukaan lebar 0.68x dengan harga $49 ketiga-tiga lensa.

Photojojo perkenal lensa untuk iPhone

Cuba lihat sendiri hasil gambar yang telah diambil daripada ketiga-tiga lensa ini.

Photojojo perkenal lensa untuk iPhonePhotojojo perkenal lensa untuk iPhonePhotojojo perkenal lensa untuk iPhonePhotojojo perkenal lensa untuk iPhone

Bagi penulis, idea lensa sebegini memang bijak. Buat apa membazir membeli telefon yang baru lagi? iPhone kini boleh dijadikan sebagai DSLR alternatif untuk pengguna yang selalu bergambar tetapi tiada keperluan membeli DSLR.

Sumber: Fisheye, Macro, Wide Angle and Telephoto Phone Lenses menerusi TUAW

Previous
Next Post »