Ulasan tentang bateri cas Apple

Ulasan tentang bateri cas Apple

Energizer, Panasonic dan Duracell antara jenama bateri popular yang terdapat di pasaran. Setiap jenama menawarkan kepelbagaian jenis model bateri dan kesesuaian untuk digunakan dalam produk tertentu. Namun, bateri tidak boleh digunakan lagi selepas tenaga kuasanya habis. Pembuangan bateri merupakan satu daripada punca masalah pencemaran alam sekitar.

Untuk menjimatkan kos perbelanjaan dan mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar, pembelian bateri cas merupakan langkah bijak. Bateri hanya perlu dicas selepas tenaga kuasanya habis digunakan. Jadi, jangka hayat bateri cas lebih panjang daripada bateri biasa.

Selepas membaca blog JustKhai tentang bateri cas Apple, membuatkan penulis berminat untuk mendapatkan seunit. Kamera digital yang lama tidak perlu lagi membeli bateri setiap kali mahu digunakan.

Puas mencari di Lowyat, bateri cas Apple yang dicari sudah kehabisan stok. Lama juga menunggu dan akhirnya dapat membeli di Digital Mall. Itu pun sudah tinggal 2 unit sahaja lagi. Harganya pula RM119.

Ulasan tentang bateri cas Apple

Apa yang penulis dapat?

  • 6x bateri cas AA
  • Pengecas

Berdasarkan buku manual yang diberikan, waranti bateri cas Apple adalah setahun dari tarikh pembelian.

Selepas membuka kotak, bateri perlu dicas kira-kira 6 jam dahulu sebelum dapat digunakan. Yang paling menarik sekali, Apple memberikan jaminan jangka hayat bateri sehingga 10 tahun. Fuyoo!

Ulasan tentang bateri cas Apple

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang bateri cas Apple, boleh terus ke laman Apple: http://www.apple.com/battery-charger/ 

 

RUJUKAN LAIN

http://www.pcworld.com/article/201996/apple_battery_charger_slays_the_vampire.html

http://www.engadget.com/2010/07/27/apple-battery-charger-gets-official-a-battery-charger-only-you/

http://gizmodo.com/5597594/apples-battery-charger-keeps-your-magic-peripherals-powered

Previous
Next Post »