Celeste: Bluetooth fail dari iPhone/iPad ke semua jenis peranti

Celeste: Bluetooth fail dari iPhone/iPad ke semua jenis peranti

Awal kemunculan iPhone, Apple sengaja tidak membenarkan fungsi Bluetooth untuk perkongsian fail. Hal ini demi mengelak daripada berlakunya kecurian hak cipta pelihara dan harta intelek secara berleluasa.

Maka, kegunaan Bluetooth hanya untuk menyambung set kepala (headset). Selain itu, terdapat beberapa permainan yang membenarkan fungsi ini sebagai teman permainan dalam mod pelbagai pemain. 

Oleh yang demikian, artis/penyanyi tidak kuatir kemungkinan dicetak rompak dengan jualan lagu di iTunes. Apple sememangnya mengutamakan hak cipta terpelihara dan harta intelek seseorang pencipta.


Hal ini sudah pasti menyusahkan pengguna yang sudah biasa dengan fungsi Bluetooth sebelum ini.

Tidak berapa lama kemudian, Cydia menawarkan Celeste, yang merupakan aplikasi pemindahan fail secara Bluetooth dari produk Apple ke mana-mana sahaja jenis peranti. Berita ini sudah pasti mengembirakan pengguna iPhone.

Walau bagaimanapun, iPhone, iPad atau iPod Touch saudara perlulah di-‘Jailbreak’ terlebih dahulu sebelum dapat memasang Celeste.

Selepas memasang Celeste, penulis telah melakukan pengujian keberkesanan aplikasi Bluetooth ini terhadap peranti bukan jenama Apple.

Aplikasi ini boleh diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi yang lain seperti Photos, iPod, Contacts, iBooks, Voice Memos, iFile, SBSettings dan Dropbox.

Untuk memulakan pemindahan fail sama ada dari peranti lain ke iDevices ataupun sebaliknya, hanya perlu menghidupkan fungsi Bluetooth. Kemudian, semak di bahagian ‘Receive’ sama ada peranti tersebut menyokong Celeste atau tidak.

Berdasarkan pengujian penulis, Celeste menyokong Nokia, Sony Ericsson dan BlackBerry. Beberapa jenama komputer riba turut memberi respons yang baik seperti ASUS dan ACER. Perpindahan fail dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. 

SPESIFIKASI MINIMUM

  • iOS 4.2+ dan ke atas
  • iPhone, iPad dan iPod Touch yang telah di-‘Jailbreak’

Sumber: Celeste
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Oktober 14, 2011 10:02:00 PG delete

dr source ape?

Reply
avatar