Tips elak masalah bateri susut cepat untuk iOS 5

Tips elak masalah bateri susut cepat untuk iOS 5 Naik taraf iOS 5 untuk iPhone dan iPad memberikan maklum balas negatif daripada pengguna. Isu bateri cepat habis menjadi perbincangan hangat walaupun berada dalam mod sedia (stand-by). Sehingga hari ini, belum ada sesiapa yang dapat menemui punca permasalahan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, penulis percaya bahawa masalah bateri susut cepat berpunca daripada fungsi “Location Services”, “iCloud” dan “Notification Center”.

Pada kali ini, penulis akan berkongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh pemilik iPhone dan iPad untuk mengurangkan masalah bateri susut cepat. Antaranya ialah:

 

Menetapkan semula “Network Settings”

  • Settings > Reset > Reset Network Settings

Melumpuhkan Bluetooth

  • Settings > General > Bluetooth > Off

Melumpuhkan “Notifications” dan aplikasi dalam “Notification Center”

  • Settings > Notifications > Tekan Off untuk sebarang aplikasi yang tidak dikehendaki

Melumpuhkan iCloud

  • Settings > General > iCloud > Tekan Off untuk semua

Melumpuhkan Location Services

  • Settings > Location Services > Lumpuhkan servis yang tidak digunakan

Melumpuhkan Perubahan Zon Masa

  • Settings > Location Services > System Services > Off Time Zone

Melumpuhkan Ping

  • Settings > General > Restrictions > Enable Restrictions > Ping > Off

Melumpuhkan Diagnostic dan Usage Reports

  • Settings > General > About > Diagnostic & Usage > Don’t Send

Padam akaun e-mel, tetapkan semula Network Settings dan tambah semula akaun e-mel

  • Settings > Mail, Contacts, Calendars > Account Name > Delete Account
  • Settings > Reset > Reset Network Settings
  • Reboot semula iDevices
  • Settings > Mail, Contacts, Calendars > Add Account

 

Diharapkan cadangan beberapa tips di atas dapat mengurangkan masalah bateri cepat susut untuk iPhone dan iPad. Selamat Mencuba!

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
acapz
AUTHOR
Sabtu, November 19, 2011 6:33:00 PG delete

nice tips ni. mlangnye ak xpkai apple product. kah3. share kt org rmai la ye

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Ahad, Januari 22, 2012 5:42:00 PG delete

Sayaakai ipad2 n masaalah sy adalah tak boleh buka semua aplikasi.... Tolong.... Siapa boleh bantu...

Reply
avatar