Isu ‘Tethered, Semi-Tethered dan Untethered Jailbreak’

Isu ‘Tethered, Semi-Tethered dan Untethered Jailbreak’Selepas Apple mengeluarkan naik taraf iOS 4.2.1, istilah ‘Tethered’ dan ‘Untethered’ muncul dalam kalangan pengguna iDevices (iPhone, iPad dan iPod) yang melakukan ‘Jailbreak’.

‘Tethered Jailbreak’ 

Kemunculan ‘Tethered Jailbreak’ cukup mengecewakan pengguna iDevices yang telah melakukan ‘Jailbreak’ kerana memerlukan sambungan ke komputer untuk menjalankan setiap kali proses ‘Boot’.
Hal ini bermakna iDevices yang kehabisan bateri atau memerlukan proses ‘Reboot’ perlu menghidupkan semula gajet mereka dengan melakukan proses ‘Boot’ melalui sambungan komputer.

iOS yang terlibat: 4.3.4, 4.3.5, 5.0, 5.0.1, 5.1

Caranya?

  1. Sambungkan iDevices ke komputer
  2. Jalankan Aplikasi redsn0w yang sama digunakan untuk ‘Jailbreak’ sebelum ini.
  3. Pilih ‘Just boot tethered right now’.
  4. Devices yang di-‘Jailbreak’ boleh dihidupkan seperti biasa.

Selepas iDevices dihidupkan, saudara boleh menggunakannya seperti biasa. ‘Tethered Jailbreak’ boleh dijalankan menerusi Mac OSX dan Windows.

‘Untethered Jailbreak’

‘Untethered Jailbreak’ sentiasa menjadi pilihan pengguna iDevices untuk melakukan ‘Jailbreak’ kerana aktiviti yang memerlukan ‘Reboot’ tidak memerlukan ‘Boot’ dari komputer. iDevices berupaya untuk ‘Reboot’ dengan sendirinya. Begitu juga apabila iDevices kehabisan bateri, cas seperti biasa dan iDevices boleh terus digunakan.

iOS yang terlibat: 4.1, 4.2.1, 4.3.3, 5.0.1

‘Semi-Tethered’

Selepas iOS 5 dilancarkan, istilah ‘Semi-Untethered’ pula muncul. iDevices masih boleh melakukan ‘Boot’ dengan sendirinya. Namun begitu, saudara tidak boleh menggunakan Safari, Mail dan Cydia kecuali setelah melakukan ‘Boot’ menerusi bantuan redsn0w di komputer sama ada Windows ataupun Mac OSX.

Caranya?

  1. Lancarkan Cydia
  2. Klik Manage dan Source
  3. Klik edit dan add
  4. Gunakan carian di Cydia untuk mencari SemiTether dan pasang.

iOS yang terlibat: 5.0, 5.0.1, 5.1
Previous
Next Post »