Menyekat rakan di Facebook tanpa mengguris perasaan

Menyekat rakan di Facebook tanpa mengguris perasaanDalam kehidupan ini, bukan semua orang suka dan benci kita sepanjang masa.

 

Tanpa disedari, kewujudan Facebook membuatkan hampir keseluruhan kehidupan kita diketahui oleh rakan-rakan Facebook. Masalah timbul apabila dalam kalangan senarai rakan-rakan Facebook; rakan sekerja dan ahli keluarga yang suka ‘menyibuk’.

 

Situasi ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mengeksploitasi cerita peribadi kita umpama menangguk di air yang keruh.

 

Jadi, bagaimana mahu menyekat golongan ini tanpa mengguris perasaan mereka seperti menyingkirkan daripada senarai rakan Facebook? Contohnya, bos anda.

 

1. Log In akaun Facebook anda.

2. Masuk Privacy Setting di sebelah kiri.

3. Pada bahagian Block People & Apps, klik Manage blocking.

4. Kemudian, bahagian Add friends to your restricted list, klik Edit list.

5. Masukkan individu berkenaan dalam senarai untuk disekat dengan klik pada nama.

6. Untuk membatalkan sekatan, klik semula nama individu berkenaan.

Previous
Next Post »