PlayStation Mobile akan dilancarkan 3 Oktober

PlayStation Mobile akan dilancarkan 3 OktoberKhabar gembira buat pemilik Android.

 

Sony Computer Entertaiment telah mengumumkan produk baharu mereka, iaitu perkhidmatan PlayStation Mobile (PSM) yang akan dicapai menerusi PlayStation Vita (PS Vita) turut boleh diakses beberapa gajet Android terpilih yang menyokong PlayStation.

 

Antaranya ialah:

  1. HTC One X
  2. HTC One S
  3. HTC One V
  4. Xperia arc
  5. Xperia PLAY
  6. Xperia S
  7. Xperia ion
  8. Xperia acro S
  9. Xperia TX
  10. Xperia T
  11. Xperia V
  12. Xperia SL
  13. Xperia Tablet S
  14. Sony Tablet S
  15. Sony Tablet P

Sehubungan itu, pemilik gajet di atas boleh menikmati permainan-permainan video PS Vita di Android tanpa perlu membeli sebuah PS Vita lagi.

 

Dijangkakan Fujitsu dan Sharp turut mengambil bahagian dalam program perlesenan PlayStation Certified untuk membolehkan tablet dan gajet mereka pada masa akan datang menyokong permainan video daripada Sony.

 

Antara negara terawal yang boleh membeli permainan video Sony menerusi perkhidmatan PSM ialah Jepun, Amerika, Kanada, United Kongdom, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Australia. Kira-kira 30 permainan video pelbagai genre boleh dibeli sekitar $0.63 hingga $10.

 

Sumber: PR Newswire

Previous
Next Post »