Selamat datang ke blog TMK

Perihal Blog: 
Blog Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan blog perihal komputer, internet, gajet dan multimedia dalam bahasa Melayu. Blog ini mula dilancarkan pada 1 Disember 2009. Atas alasan saya obsesi dengan perkembangan teknologi dan maklumat, maka saya lahirkan blog ini.

Sebelum ini, TMK telah menggunakan pelantar Wordpress sejak 18 Jun 2009. Walau bagaimanapun, saya berasa agak sukar untuk dikendalikannya di situ sekalipun ramai yang memilih untuk menggunakan Wordpress. Barangkali saya sudah terbiasa dengan Blogger selama 2 tahun selain mudah dikendalikan.


Penulis: Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi merupakan anak jati Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Mula menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Titi Serong (1994-2000) dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (2001-2005). Kini, beliau sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam major Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur (IPGKBM) sejak tahun 2006.

Beliau bergiat aktif dalam aktiviti kebahasaan, pengucapan awam, kepengakapan dan diskusi ilmu. Hobi beliau ialah membaca buku, bermain permainan komputer, tidur dan melayari internet.
First