Toonel.net: Memadatkan penggunaan lebar jalur untuk jalur lebar

Pengguna jalur lebar seringkali mengeluh akibat isu "Fair and Usage". Andai kata saudara telah menggunakan lebar jalur (bandwidth) melebihi kuota yang telah ditetapkan maka kelajuan internet saudara akan diperlahankan mengikut polisi yang telah ditetapkan berdasarkan pakej atau pelan yang didaftarkan.

Sebagai contohnya, pengguna Celcom Pelan Bulanan D68 - diberikan tarif kuota lebar jalur sebanyak 5GB dengan kelajuan 384kbps dalam tempoh sebulan. Jika saudara telah menggunakan lebar jalur sehingga mencapai had maksimum, kelajuan internet diturunkan kepada 64kbps. Hal ini akan memberikan kesulitan kepada pengguna, lebih-lebih lagi pengguna internet tegar seperti kaki muat turun.

Selain itu, aplikasi internet dan laman sesawang pada hari ini menyebabkan berlakunya pembaziran dalam penggunaan lebar jalur akibat pemain Flash, aliran video dan sebagainya.



Bagi mengatasi masalah ini, blog TMK mencadangkan kepada saudara supaya menggunakan Toonel.net. Perisian ini berfungsi sebagai pemadat penggunaan lebar jalur semata-mata dan bukannya membenarkan saudara menggunakan lebar jalur tanpa batasan (walaupun sememangnya menjadi impian kepada kepada semua pengguna). Dalam erti kata yang lain, Toonel.net hanya mengurangkan penggunaan lebar jalur semasa melayari internet dan pada masa yang sama melambatkan proses lebar jalur mencapai kuota yang ditetapkan.

Untuk internet biasa, kita memerlukan data sebanyak 160kb untuk melayari LifeHacker. Namun, jika Toonel.net berjaya memadatkan sehingga 50%, maka kita cuma memerlukan data sebanyak 80kb sahaja untuk melayari LifeHacker. Pemadatan data berlaku dengan mengurangkan kualiti gambar pada laman sesawang. Hal ini dapat menyelamatkan lebar jalur saudara.

Perisian yang diperlukan:
  1. Java Runtime Enviroment (JRE)
  2. Toonel.net

Langkah-langkah untuk menggunakan Toonel.net:
  1. Pasang JRE terlebih dahulu sebelum menggunakan Toonel.net kerana ia merupakan Java.
  2. Tetapan pada Mozilla Firefox.
    1. Buka Mozilla Firefox
    2. Klik pada Tools > Options...
    3. Klik Advanced > tab Network
    4. Klik  Settings pada bahagian Connection
    5. Pilih Manual proxy configuration
    6. Isi HTTP Proxy: 127.0.0.1 dan Port: 8080
    7. Tandakan pada Use this proxy server for all protocols
    8. Tekan OK untuk menyimpan tetapan.
    9. Tekan OK untuk menutup opsyen.
  3. Penetapan pada Toonel.net
    1. Buka perisian Toonel.net
    2. Klik tab Mapping > klik opsyen 127.0.0.1 > klik Apply






    3. Klik tab Web > tetapkan kualiti GIF dan JPEG > klik Apply (Cadangan GIF: Good, JPEG: 90)






    4. Klik tab Stats untuk melihat status pemprosesan.






    5. Jangan tutup perisian Toonel.net kerana perisian ini berrfungsi bilamana dibuka sahaja.

Glosari
Broadband - Jalur Lebar
Bandwidth - Lebar Jalur
    Previous
    Next Post »

    1 Komentar:

    Write Komentar
    WOI YIN YUNG
    AUTHOR
    Ahad, Januari 03, 2010 12:23:00 PTG delete

    Kalau nak tau Celcom BB ni ada cara boleh reset balik full speed selepas habis pakai 5GB limit. I guna package 384kbps dan download 1.5GB tiap2 hari. Nak tau lebih email I switch2unlimited@yahoo.com.my

    Reply
    avatar