
CARA PERTAMA: MASUKKAN DALAM SENARAI GELINTAR CARIAN
Masukkan blog/laman saudara ke tiga gelintar carian utama, iaitu Google, Yahoo dan Bing untuk mendapatkan tempat dalam senarai indeks dan trafik.
Klik pautan di bawah, ikut arahan yang dipinta.
CARA KEDUA: WARNA TEKS DAN LATAR BELAKANG
Pastikan blog/laman TIDAK menggunakan warna yang sama atau hampir sama. Hal ini kerana teks akan tenggelam dan sukar dibaca oleh pengunjung.
Situasi ini juga menyebabkan kebanyakkan gelintar carian menganggap bahawa blog/laman saudara merupakan ‘sampah’, bukan tempat rujukan. Sia-sia sahaja tulisan yang dibuat.
Warna antara teks dan latar belakang mesti kontra.
CARA KETIGA: TULISAN TERLALU KECIL
Bak kata orang, tulisan kecil menggambarkan jiwa penulis yang juga kecil dan penakut!
Usah khuatir untuk menggunakan tulisan yang besar, lebih membantu dan memudahkan pembaca untuk membaca artikel yang disediakan.
Apa yang dimaksudkan sebagai tulisan kecil?
Jika sesebuah blog/laman yang menggunakan Cascading Style Sheets (CSS), tulisan dianggap kecil jika kurang daripada 4 piksel.

Mengapa tidak boleh gunakan tulisan kecil?
Kebanyakkan gelintar carian akan memberi gambaran bahawa saudara seolah-olah menggunakan bahasa kesat, tujuan untuk menghina dan sebagainya.
Oleh yang demikian, elakkan daripada menggunakan tulisan yang kecil.
CARA KEEMPAT: PAUTAN KE LAMAN YANG LAIN
Jangan lupa untuk membuat pautan ke laman yang lain untuk memudahkan pembaca membuat rujukan. Secara tidak langsung, pembaca berasa selesa dan tidak perlu bersusah payah untuk membuang masa mencari di gelintar carian sekali lagi. Selain itu, tulisan saudara terbukti autentik dan bukan auta semata-mata. Hal ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan pembaca terhadap blog/laman saudara.
CARA KELIMA: GAMBAR

Kadang-kala terdapat blog memaparkan gambar yang tiada kena mengena dengan tulisan yang dibuat.
Contohnya: artikel tentang komputer tetapi gambarnya model yang seksi di tepi pantai.
Apa maknanya?
Sekadar menarik perhatian pembaca?
Jangan sampai si pembaca menyampah sudah!
Selain itu, namakan terlebih dahulu gambar yang ingin dipapar di blog secara ringkas dan menarik sebelum dimuat naik. Hal ini kerana pengunjung yang membuat carian gambar juga boleh ‘tersesat’ singgah ke blog/laman saudara. Siapa kata gambar tidak mampu menaikkan trafik?
Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon