Revo Uninstaller: Buang program dan kesan yang tidak dikehendaki dengan mudah

1 

Revo Uninstaller (RU) merupakan perisian membuang program dan perisian yang tidak dikehendaki serta masalah-masalah ketika proses membuang perisian atau program. 

Ciptaan VS Revo Group ini sangat unik dan berkesan kerana mampu membuang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perisian yang akan dibuang. Kadangkala, semasa membuang perisian yang tidak diingini, masih terdapat saki baki program dalam C:/Program File. Hal ini menyebabkan pengguna ‘sakit mata’ dan menggangu sistem operasi secara tidak langsung.

Dengan menggunakan RU, registry, driver, dan file association yang terlibat dengan perisian tersebut turut dibuang bersama sekaligus dengan beberapa klik.

Keistimewaan RU8

  • Menyokong Windows x64 bit dan x86

  • Paparan pemasangan masa sebenar

  • 8 fungsi tambahan untuk membersihkan sistem seperti Autorun Manager, Windows Tool Manager, Junk Files Cleaner, Browsers History Cleaner, Office History Cleaner, Windows History Cleaner, Unrecoverable Delete Tool dan Evidence Remover

  • Fungsi paksa membuang untuk perisian yang tidak boleh dibuang

  • Fungsi imbasan saki baki seperti driver, windows service, file association dan sebagainya.
Keperluan minimum spesifikasi
  • Microsoft Windows XP SP2
  • 128MB RAM
  • 20 MB Cakera Keras
  • Pentium 300 MHz atau yang lebih tinggi

Cara Menggunakannya
  1. Buka Revo Uninstaller. Klik pada butang Uninstaller untuk melihat senarai perisian yang dipasang dalam sistem komputer.
  2. Klik perisian yang tidak diingini dan tekan uninstall.
  3. Biarkan RU memproses langkah 1, 2 dan 3 secara automatik. Sesudah itu, pilih Scanning modes (digalakkan untuk memilih Advanced). Tekan Scan.scan
  4. Paparan akan keluar mengenai registry yang terlibat dengan program yang bakal dibuang. Klik Select All dan Delete. Selepas registry dibuang, tekan next.leftover
  5. Paparan file association, driver yang berkaitan akan muncul. Seperti di atas, tekan Select All dan delete. Setelah siap, tekan finish. Siap!leftover 2
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, Ogos 27, 2011 8:46:00 PG delete

http://www.fileserve.com/file/PCBg2Wd/Revo.Uninstaller.Pro.v2.5.3.Incl.Keygen-iND.rar
---------
http://www.filesonic.com/file/1219940731/Revo.Uninstaller.Pro.v2.5.3.Incl.Keygen-iND.rar
---------
http://uploading.com/files/71fe71bf/Revo.Uninstaller.Pro.v2.5.3.Incl.Keygen-iND.rar/
---------
http://www.uploadstation.com/file/JamktTD/Revo.Uninstaller.Pro.v2.5.3.Incl.Keygen-iND.rar

Reply
avatar