Pilihan pemproses terbaik untuk pemain permainan video tegar

Pilihan pemproses terbaik untuk pemain permainan video tegar

Naik taraf komputer bukanlah sesuatu yang asing. Setelah 5 tahun menggunakan komputer, biasanya terdapat beberapa perkakasan yang tidak relevan lagi dan memerlukan naik taraf supaya sistem dapat beroperasi secara berkesan.

Sebelum melakukan naik taraf komputer, saudara perlu membuat tinjauan perkakasan yang benar-benar sudah tidak sesuai dengan kehendak sistem komputer semasa berdasarkan belanjawan masing-masing. Satu daripada perkakasan yang selalunya dinaik taraf ialah pemproses komputer.

Setiap pemproses komputer yang terdapat di pasaran dijual pada harga yang berbeza bergantung kepada jenis, kelajuan dan ciri-ciri tambahan. Pendek kata, pemproses yang lebih mahal adalah yang lebih baik kualitinya dan mampu bertahan sehingga 7-10 tahun akan datang.

Saudara perlu tahu bahawa naik taraf pemproses berkait rapat dengan papan induk (motherboard). Hal ini kerana papan induk yang dibeli akan menentukan jenis perkakasan seperti RAM dan kad grafik serta saiz watt unit bekalan kuasa (PSU) yang berpadanan. Contohnya, papan induk Intel hanya sesuai dengan pemproses Intel manakala papan induk AMD hanya untuk pemproses AMD. Selain itu, papan induk akan menentukan jenis RAM sama ada DDR, DDR2 atau DDR3, kad grafik AGP, PCI Express, SLi atau CrossFire.

Oleh yang demikian, peruntukan saudara mesti sekurang-kurangnya mencukupi untuk papan induk, pemproses dan kad grafik.

Artikel kali ini Teknomasi akan memfokuskan pilihan pemproses terbaik untuk peminat permainan video tegar dan berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan. Teknomasi difahamkan bahawa pemproses yang dinyatakan di bawah merupakan pemproses khas untuk bermain permainan video semasa. Jom membaca!

 

Bawah RM250 – pengguna asas, modal terhad

AMD Athlon II X2 245 – RM193 (Cycom)

AMD Athlon II X3 435 – RM 235 (PCZone)

 

Antara RM300 hingga RM350 – pengguna asas, bermodal kecil

AMD Athlon II X4 630 – RM315 (PCZone)

AMD Phenom II X2 555 Black Edition – RM320 (PCZone)

 

Antara RM350 hingga RM400 – pengguna pertengahan, bermodal sederhana

Intel Core 2 Duo E7500 – RM365 (PCZone)

AMD Athlon II X4 635 – RM360 (PCZone)

Intel Core i3-530 – RM385 (PCZone)

AMD Phenom II X3 720 Black Edition – RM410 (CZone)

 

Antara RM450 hingga RM700 – pengguna ekstrim, bermodal sederhana

Intel Core i3-540 – RM455 (PCZone)

AMD Phenom II X4 955 Black Edition – RM510 (PCZone)

AMD Phenom II X4 965 Black Edition – RM575 (PCZone)

Intel Core i5-750 – RM655 (PCZone)

 

RM700 dan ke atas – pengguna ekstrim, bermodal mewah, menuruti perkembangan semasa, taksub dengan teknologi baharu

Intel Core i7-930 – RM950 (PCZone)

Intel Core i7-980X Extreme – RM3,650 (PCZone)

 

Berikut pula  merupakan carta hierarki pemproses terbaik untuk bermain permainan video:

Pilihan pemproses terbaik untuk pemain permainan video tegar

Tidak semestinya kita perlu membazir wang yang banyak untuk mendapatkan pemproses terbaik seperti Intel Core i7. Melainkan saudara benar-benar punya wang yang banyak untuk dibazirkan terpulang kepada empunya diri.

Bagi pengguna yang bijak, pelaburan yang dibuat untuk naik taraf sistem komputer dikhususkan kepada papan induk dahulu. Contohnya, papan induk tersebut menyokong Intel Core i7 dan RAM DDR3. Pada masa akan datang, harga pemproses akan turun dan barulah pemproses dinaiktaraf pula. Terpulang kepada masing-masing.

Sumber: Gizmodo

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, September 16, 2013 8:56:00 PG delete

info dan pandangan terbaik..

Reply
avatar