Apresiasi kepada Kaspersky

*Khusus untuk pembaca Teknomasi yang sedang mencari-cari perisian antivirus berbayar yang berkesan dan terbaik dalam kalangan terbaik.

 Apresiasi kepada Kaspersky

 

Penulis telah menggunakan Kaspersky Internet Security 2011 sejak tahun 2007 lagi. Kepercayaan yang terbina antara penulis dengan produk Kaspersky selama ini disebabkan oleh keupayaan, prestasi, kecekapan, pengkalan data virus yang dikemas kini selalu dan pastinya keberkesanannya melindungi komputer penulis daripada diserang pelbagai virus, trojan atau malware.

Sebelum menggunakan antivirus Kaspersky, penulis pernah menggunakan beberapa jenama antivirus percuma yang lain seperti AVG, Bitdefender, Nod32 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hasilnya tidak memberangsangkan. Ada kala penulis terpaksa memformat semula komputer setiap kali kemunculan virus baharu yang menyerang fail, dokumen dan sistem komputer. 

Memandangkan setiap kali proses memformat komputer mengambil masa lebih kurang 2 jam, penulis mencari solusi untuk menangani permasalahan ini.

 

Setelah membuat rujukan dan bacaan meluas di internet, ramai pengguna menyarankan supaya menggunakan Kaspersky sebagai pertahanan dan perlindungan daripada virus yang menyerang komputer saudara. Jadi, penulis telah mendapatkan antivirus tersebut dengan cara muat turun. Oleh kerana penulis cenderung menggunakan internet, maka Kaspersky Internet Security merupakan pilihan yang tepat berbanding Kaspersky Anti Virus.

Rupa-rupanya produk Kaspersky ini perlu dibayar untuk mendapatkan lesen pengesahan. Tanpa lesen berbayar, pengguna cuma boleh menggunakan antivirus secara percubaan selama 30 hari sahaja. Ketika itu, penulis beranggapan tidak berbaloi untuk menghabiskan wang untuk membeli lesen tersebut, lalu mencari lesen secara haram di internet dengan kepakaran yang ada.

Tidak dinafikan, beberapa laman forum dan blog menawarkan lesen Kaspersky secara haram. Namun begitu, pelayan Kaspersky sering kali mengesan lesen yang beroperasi serentak di dua tempat yang berbeza sekaligus lesen tersebut diiktiraf sebagai lesen ‘mati’. Operasi antivirus pula disekat dan tidak dapat digunakan seperti sedia kala. Pencarian lesen secara haram terpaksa dibuat setiap kali lesen ‘dimatikan’. Akibat tidak tertanggung masa dibuang untuk mencari lesen haram, penulis telah mencuba membeli satu lesen Kaspersky Internet Security.

Secara peribadi, bayaran yang dikenakan sangat berbaloi. Selain itu, penulis tidak perlu risau lagi masalah lesen mati. Saudara cuma perlu mengaktifkan lesen tersebut mengikut arahan manual yang diberikan sahaja.

Hasilnya, penulis tidak perlu memformat lagi komputer sejak itu. KIS telah berjaya menangani masalah virus, malware dan trojan yang menyerang. Lebih menakjubkan, beberapa siri serangan komputer dibuat oleh penggodam dari Amerika, Pakistan dan Afganistan menerusi firewall untuk mencuri maklumat berjaya dipatahkan dengan pemberitahuan KIS kepada penulis. Kini, penulis hanya mampu tersenyum sinis dengan usaha penceroboh yang tidak bertamadun itu gagal memecah masuk komputer penulis.

Seperti biasa, Teknomasi hanya menyarankan sesuatu yang terbaik untuk pembaca. Mari berubah kepada Kaspersky! 

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Mr Mantra
AUTHOR
Selasa, Januari 11, 2011 1:26:00 PTG delete

Kaspersky setakat ini menjadi pilihan hati Rakyat Malaysia :)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, Ogos 27, 2011 5:21:00 PTG delete

yeah2, kaspersky terbaekkk!!!!

Reply
avatar