Promosi baju putera.com

Seorang ahli forum Putera.com telah bercadang untuk membuat jualan t-shirt Putera.com. Jualan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, menyumbang dana serta mempromosi forum kepada khalayak.

Untuk makluman, forum Putera.com merupakan gerbang komunikasi dan perkongsian ilmu teknologi maklumat. Ianya mula diasaskan oleh saudara shanai pada tahun 1998. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan ada juga bahagian untuk bahasa Inggeris. Sepanjang 12 tahun Putera.com beroperasi, jatuh bangun seringkali mewarnai perjalanan. Serangan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2008 hampir-hampir sahaja mematikan terus hayat forum tersebut. Moga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pihak tersebut.

Secara peribadi, forum ini sangat sesuai disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu-ilmu tentang pengkomputeran dan teknologi terutamanya yang novis (newbie). Jasa dan sumbangan bakti daripada ahli-ahlinya sangat membantu saya daripada tahu ubah tetapan di dalam komputer sehingga mampu memasang komputer sendiri. Sehingga hari ini, hampir 8 tahun saya setia mengikuti perkembangan Putera.com

Jadi, marilah sertai forum ini sekarang. Jangan lupa untuk membeli baju t-shirtnya juga. Memang lawa!

 

Paparan reka bentuk yang dipersetujui

38053_1336988226366_1280934782_30766741_6713113_n

Baju berkolar dan lengan pendek

 

38053_1336988186365_1280934782_30766740_1834491_n

Baju lengan panjang tanpa kolar

 

38053_1336988266367_1280934782_30766742_1243582_n

Bahagian belakang baju, baik lengan pendek atau panjang

Harganya cuma RM30.00 sahaja termasuk dengan penghantaran melalui pos.

Sekiranya saudara berminat, bolehlah menghubungi:

FAHRUL RAZI aka panglimakhalid
E-mel : panglimakhalid[at]putera[dot]com 
Telefon : +2011-8717106 (nombor luar negara, satu sms 50sen)

atau

WAN SERIJANNAH aka akuccputcedut
E-mel : cputstore[at]gmail[dot]com 
Telefon - 0125258054 / 0124368054 / 04-2961620 (waktu pejabat sahaja)

Untuk keterangan lanjut, bolehlah rujuk di sini.

Previous
Next Post »