Microsoft Security Essential (MSE), antivirus percuma daripada Microsoft telah berjaya memperoleh pengiktirafan daripada AV-Test baru-baru ini. AV-Test merupakan sebuah institusi bebas keselamatan teknologi maklumat yang sentiasa mengkaji kualiti dan keberkesanan sesebuah antivirus yang terdapat di seluruh dunia.
Hasil kajian yang dijalankan pada suku kedua tahun 2010 melibatkan 3 kategori iaitu, perlindungan, pembaikan dan penggunaan. Skala yang diberikan ialah 6.0 sebagai terbaik manakala 0.0 sebagai terburuk bagi setiap kategori.
Untuk mendapat pengiktirafan daripada AV-Test, sesebuah antivirus mesti mendapat jumlah skala 12, hasil campur ketiga-tiga kategori. Hasilnya, lihat sahaja jadual di bawah.
Kaspersky Internet Security 2010, Panda Internet Security 2010 dan Symantec Norton Internet Security 2010 mendominasi penguasaan produk terbaik. Walau bagaimanapun, usia MSE yang masih ‘setahun jagung’ semakin memberi cabaran kepada pengeluar produk berbayar dengan produk mereka percuma.
Syarikat The Redmond bercadang untuk mengemas kini enjin antimalware dalam MSE pada masa akan datang.
Muat turun MSE: Klik sini
p/s: Walau apa-apa pun terjadi, saya masih setia bersama Jackie Chan dan Dato’ Lee Chong Wei dengan Kaspersky. :P
3 Komentar
Write KomentarSaya pula akan beralih padang kepada Microsoft Security Essentials (MSE) disebabkan tiada tuntutan pembayaran dikenakan apabila menggunakannya nanti. Haha.
ReplyTQ atas perkongsian dan maklumat.
Walau bagaimanapun, jasa Kaspersky Internet Security (KIS) akan tetap dikenang.
p/s : Ada atau tidak KIS untuk dijual. Kawan saya sudah bertanya.
Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak saya ternanti-nanti.
;p
walau dah lama, tapi menarik ulasan ni, tambahan jatuh birthday aku. haha
ReplyJangan lupa cuba MSE. Percuma dan memang terbaik. Dah 2 tahun guna, tak ada masalah.
ReplyKaspersky sebenarnya bagus tetapi malangnya kacau prestasi komputer. Itu yang aku tukar MSE ni.
EmoticonEmoticon