<-- Cuba baca SMS di sebelah.
Untuk pengetahuan semua, alamat Teknomasi sudah berubah. Tidak lagi berdomainkan blogspot.com, sebaliknya perkataan blogspot sudah ‘dihapuskan’. Apa barang ada blogspot kan? Hahaha…
Penulis sebenarnya sedang bercadang untuk membeli sebuah domain daripada penyedia tempatan. 2 hari meninjau untuk membuat pilihan, SMS daripada Paksu menjengah Nokia 5800XM baru dibeli. Bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang. Kecil telapak tangan, nyiru saya tadahkan.
Domain ini telah ditaja oleh Paksu penulis, Mohd. Noor Azman bin Sulaiman. Barangkali selepas beliau terbaca peristiwa penulis yang tidak berkesempatan membeli domain awal tahun ini di Perihal Teknomasi, terus menghadiahkan domain kepada penulis. Terima kasih kerana sudi menaja laman ini.
Sebagai membalas jasa beliau, tidak salah sekiranya saudara yang punya kesenggangan masa membaca koleksi cerita lawak di sebuah portal yang dikendalikan oleh beliau, iaitu:
KahKahKah – Koleksi Bahan/Cerita/Kisah Lawak, Lucu, Dongeng, Geli hati, Humor, Kelakar, Jenaka
Portal ini penuh sarat dengan koleksi cerita lawak. Layanlah sampai kalian menangis ketawa terbahak-bahak.
Selain itu, beliau juga punya perkhidmatan Rumah Tumpangan Keluarga Bukit Merah.
Perjalanan ke negeri-negeri utara dari selatan akan mengambil masa yang lama dan memenatkan. Apalah salahnya singgah sebentar di Bukit Merah untuk menghilangkan lelah memandu lama. Atau mahu berekreasi di Taman Air Bandar Tasik Bukit Merah dengan penginapan yang berpatutan. Jika mahu, klik saja pada gambar di atas untuk keterangan lanjut.
4 Komentar
Write Komentarhuhu..terbaik!
Replytahniah!!
tahniah sbb dh ada domain sndiri..

Replysy pun bercadang tuk beli domain sendiri..
jom ke APA KATA HATI pulak,
MISS RED SAKIT
tahniah..=)
Reply@ Farieza & sAzUwI:

ReplyTerima kasih atas sokongan saudara.
@ nabilah_2908:
Selamat memiliki domain sendiri
EmoticonEmoticon