Ulasan Metal Gear Solid: Peace Walker

Ulasan Metal Gear Solid: Peace Walker

Pengeluar: Konami

Penerbit: Kojima Productions

Kategori: Aksi pengembaraan kontemporari

Tarikh pelancaran: 8 Jun 2010

ESRB: Remaja (kanak-kanak tidak digalakkan kerana mempunyai unsur-unsur tingkah laku yang kurang sesuai dengan norma rakyat Malaysia)

 

Metal Gear Solid: Peace Walker (MGSPW)merupakan hasil tangan Hideo Kojima yang ke-5 siri Metal Gear untuk pelantar PSP. Ianya merupakan permainan video bersiri pertama yang diarahkan sendiri oleh penciptanya, Hideo Kojima.

 

Teknomasi difahamkan bahawa pasukan pembangunan permainan video ini sama besar sebagaimana pasukan MGS 4: Guns of The Patriots.

 

Latar belakang permainan berlaku pada sekitar tahun 1974 di Costa Rica. Naked Snake terus menjadi protagonis dengan menubuhkan unit tentera upahan melalui sumber yang diperolehi daripada Gene di akhir Portable Ops, empat tahun sebelumnya.

Plot Ceritera

#Dikemaskini 28 Ogos 2010

 

Kemunculan sekumpulan misteri bersenjata terkini, Peace Sentinels (PS) telah menimbulkan ancaman terhadap keseimbangan kuasa antara Timur dan Barat. Militaires Sans Frontieres (MSF) yang dipimpin oleh Snake dan dibantu oleh Kazuhira Miller. Kemudian, Amanda Valenciano Libre (Pemimpin Pemberontak Sandinista), Chico (adik Amanda), Paz Ortega Andrade (mahasiswa Univerisity of Peace), Huey (ayah ‘masa depan’ Emmerich Hal) dan Cecile Cosima Caminades (ahli ornitologi Perancis) menyertai MSF menentang PS.

  Ulasan Metal Gear Solid: Peace Walker

Watak-watak yang menghiasi MGSPW

 

Walaupun penulis belum menamatkan lagi jalan ceritanya tetapi keasyikan menikmati setiap detik bersama Big Bos aka Snake cukup dirasai. Inovasi dari segi kepermainan, persembahan dan grafiknya sangat segar dan selayaknya diiktiraf sebagai antara pilihan permainan video terbaik.

 

Misi yang pelbagai menuntut saudara memikirkan strategi dan solusi terbaik untuk direncanakan bagi mencapai objektif yang dikehendaki. Sebelum memulakan misi, dengar taklimat daripada pelbagai sumber. Pasti membantu untuk berdepan musuh. Jika buntu di pertengahan permainan, gunakan Panggilan Kod (Codec Call) untuk mendapatkan tips-tips terbaik.

 

Persediaan misi seperti jenis uniform, alatan dan senjata yang dibawa perlu sesuai dengan kehendak misi. Contohnya, pakaian uniform Sneaking sesuai untuk menyeludup di dalam bangunan dan mesil jenis FIM-43 lebih efektif berbanding LAW, RPG2 dan C. Gustav untuk menyerang mesin yang bergerak kerana mempunyai fungsi kunci automatik sasaran.

 

Berkenaan MSF, saudara mempunyai sepasukan tentera upahan di pengkalan pusat yang terdiri daripada unit gerak gempur, pasukan R&D, pasukan penyedia masakan, pasukan perubatan dan pemantau. Pertambahan ahli boleh dibuat dengan cara menidurkan atau memukul sehingga pengsan dan diletakkan Fulton Recovery System.

 

Dengan memiliki pasukan R&D (Research and Development – Penyelidikan dan Pembangunan)yang hebat, saudara boleh menaik taraf dan memperolehi senjata atau alat terbaharu. Mesin-mesin yang ditumpaskan seperti kereta kebal, kereta perisai dan helikopter pula jangan dimusnahkan sehingga lumat. Pastikan masih dalam keadaan peratusan yang boleh digunakan lagi. Hal ini kerana pasukan R&D akan memperbaiki semula mesin-mesin tersebut dan boleh digunapakai untuk Outer Ops. Juga, terdapat fungsi membina Metal Gear ZEKE. Saudara boleh membinanya dengan menggunakan bahagian-bahagian mesin tertentu yang tidak rosak selepas habis berlawan.

Kelebihan

  1. Misi boleh dimainkan secara beramai-ramai (mengikut keperluan misi).
  2. Pakaian pelbagai untuk misi pelbagai.
  3. Senjata boleh dinaik taraf.
  4. Outer Ops boleh naikkan keupayaan ahli pasukan.
  5. Novel grafik yang memerlukan respon pemain.
  6. Hasilan produksi berkualiti tinggi.
  7. Bunyi latar terbaik.
  8. Pertarungan dengan bos musuh yang ‘betul-betul bos’. Susah juga.
  9. Memerlukan usaha lebih sesuai dengan kehendak permainan.

Kelemahan

  1. Kawalan video agak melecehkan.
  2. Tiada fungsi simpanan untuk setiap ‘checkpoint’ misi yang panjang. Kalau kalah perlu mula dari awal misi.

Ulasan lain

Previous
Next Post »