Beberapa hari lagi, genaplah 2 bulan penulis menggunakan telefon bimbit Nokia 5800 Express Music. Pada mulanya, penulis bercadang untuk membuat satu artikel mengenainya selepas membeli. Namun, idea untuk menulis kurang. Lebih elok kiranya penulis bereksperimentasi terlebih dahulu sebelum membuat ulasan, lebih adil penilaian yang dibuat. Bukan begitu?
Sebelum ini, penulis menggunakan Sony Ericsson K810i sejak tahun 2008. Hanya produk Motorola dan Sony Ericsson sahaja yang pernah digunakan. Maknanya, inilah kali pertama penulis beralih kepada Nokia.
Barangkali ada yang berpandangan bahawa tindakan penulis ini seolah-olah menyokong satu daripada keluaran pihak yang membantu Israel. Walau bagaimanapun, penulis mengambil positif perkara tersebut bahawa selagi mana baik dan bermanfaat kepada kita gunakan tanpa was-was. Apatah lagi Rasulullah sendiri tidak pernah melakukan pemboikotan terhadap barangan Yahudi sebaliknya usaha memboikot ini adalah satu daripada tindakan yang mula dicetuskan oleh orang Barat suatu ketika dahulu. Penulis juga turut menggunakan produk Intel, Facebook dan Mc Donald. Namun, terpulang kepada saudara untuk membuat pilihan, tiada paksaan.
Berbalik kepada cerita Nokia 5800XM, model ini juga turut dikenali sebagai ‘iPhone Killer’ dan ‘5800 Tube’. Hal ini kerana reka bentuk dan fungsinya yang sama seakan-akan iPhone. Selain harga yang lebih murah yang ditawarkan kepada pelanggan, 5800XM juga memiliki kamera 3G, capaian wireless, boleh rakam video dan kamera Carl Zeiss dengan 3.2 megapiksel berbanding iPhone 3G pada ketika itu.
Proses membeli 5800XM
Sebelum membeli, seperti biasa penulis akan membuat tinjauan secara rambang di Internet terlebih dahulu seperti di laman rasmi Nokia, GSM Arena dan Mobile88. Kemudian, buat anggaran lingkungan harga semasa antara baharu dengan terpakai di E-bay, Lelong dan Mudah supaya saudara mudah merancang perbelanjaan dan elak dari ditipu.
Seterusnya, operasi membanding harga dan tawaran paket set dibuat di Pusat Jualan Nokia, Low Yat dan Digital Mall. Penulis dapati harga yang dijual di kedai-kedai sekitar Low Yat dan Digital Mall lebih murah RM100 – RM200 berbanding di Pusat Jualan Nokia. Walaupun lebih murah, ‘keasliannya’ tetap diragui sekalipun terpapar pelekat waranti Zitron atau Avaxx. Untuk mengambil langkah yang selamat, penulis memutuskan untuk membelinya di Pusat Jualan Nokia, Garden Midvalley. Yalah, penulis bukannya berkemampuan besar, baik alah beli menang memakai.
Penulis difahamkan oleh jurujual di Pusat Jualan Nokia keluaran terbaharu 5800XM tidak lagi menawarkan 8GB memori SD, sebaliknya 4GB memori SD, set kit untuk dipasang dalam kereta dan wajah kotaknya yang baharu. Kadangkala jurujual berlagak serba tahu. Tetapi, apabila ditanya, lain yang dijawabnya. Penulis berlakon seperti tidak tahu apa-apa menanyakan pelbagai soalan untuk menguji pengetahuan jurujual. Dengan ramah, beliau menjawab dengan baik sekali sambil menyarankan beberapa model yang lain dan membuat perbandingan. Secara tidak langsung, penulis berasa puas dengan jawapan yang diberikan dan terus bersetuju untuk membelinya.
Harganya RM900 dan dibayar tunai. Set yang diperolehi ialah:
- Telefon bimbit Nokia 5800XM
- Pengecas
- 4GB memory SD
- Fon telinga (bersama 4 lapik getah pada telinga tambahan)
- Wayar USB
- Kad waranti
- Buku manual
- Set kit pemegang untuk dipasang dalam kereta
- Stylus tambahan bentuknya seperti pemetik gitar
Nokia 5800 yang dimodifikasi peralatan tegar sepenuhnya.
Penulis menggunakan tema se7en 5th Seyd dan homescreen Orange.
Kelebihan 5800XM
- Menyokong capaian wireless
- Global Positioning System (GPS)
- Skrin sesentuh bersama pen ‘stylus’
- Mampu menjalankan beberapa aplikasi serentak atau ‘multitasking’
- 2 kamera; lensa Carl Zeiss beresolusi 3.2 megapiksel untuk menangkap fotografi dengan dua LED dan 1 megapiksel konferens video.
- Boleh dimodifikasi dengan mudah
- Menyokong pelbagai aplikasi
- Kualiti pembesar suara baik dan jelas
- Skrin video 16:9
Kelemahan 5800XM
- Tukar paparan menegak – melintang mengambil masa sedikit
- Sangkut (hang) kadang-kadang sebab banyak aplikasi
- Jangka hayat bateri tidak lama (mampu tahan lebih kurang sehari)
- CD perisian tidak disertakan sekali
Rujukan Lain
Beberapa blog tempatan seperti JustKhai, Eins dan Aizudin juga turut memaparkan ulasan betapa berharganya memiliki telefon jenis ini.
Bagi peminat iPhone yang tidak berkemampuan, Nokia 5800XM adalah pilihan terbaik! Harganya yang lebih murah sangat berbaloi untuk dibeli. Dijamin oleh penulis tidak rugi melainkan saudara hanya menggunakan telefon bimbit untuk tujuan berhubung dan SMS sahaja.
Sekiranya saudara jenis ganas dan lasak orangnya seperti penulis, disarankan supaya membeli pelapik getah sebagai perlindungan. Tambah juga perlindungan skrin untuk mengelakkan daripada skrin tergores atau tercalar.
Bersempena Syawal yang mulia, Teknomasi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Kumpul duit raya banyak-banyak, baru boleh beli 5800XM :p
2 Komentar
Write Komentarsy guna 5800XM ni dah lama jgk..

Replydalam awal bln 1 2010 mcm tu..masa mula2 guna mmg tidak download apa-apa aplikasi sbb tak penting..
slepas tu bru start download sikit2 dari ovi store..
sy nk tny mcm mne nk ubah jadi mcm yg ditulis:
"Nokia 5800 yang dimodifikasi peralatan tegar sepenuhnya.
Penulis menggunakan tema se7en 5th Seyd dan homescreen Orange."
sy rse berminat
Alamak, dah lama saya tinggal pasal 'flashing' Nokia 5800XM ni.
ReplyInsyallah akan datang saya akan buat tutorialnya. Kena ulang kaji semula...hehe...
EmoticonEmoticon