Semak prestasi blog dengan GTmetrix

Semak prestasi blog dengan GTmetrix

“Laman sesawang mesti pantas.”

Google

Kajian menunjukkan bahawa faktor kepantasan sangat mempengaruhi pengguna untuk terus kekal atau pergi daripada sesebuah laman. Demi memastikan pembaca tidak melarikan diri, sesebuah laman mesti menanggung masa beban (loading) kurang daripada 4 saat.

 

Oleh itu, GTmetrix diwujudkan dengan menggunakan Google Page Speed dan Yahoo! YSlow untuk menilai prestasi dan cadangan tindakan bagi mengatasi sebarang isu yang wujud dalam sesebuah laman/blog.

 

Walaupun masih di peringkat percubaan (beta) lagi, GTmetrix dikuasakan oleh Yahoo! YSlow, Google Speed Page, Firefox, Firebug, NetExport, HAR Viewer dan mod_perl.

 

Dalam kalangan penulis blog, nama aplikasi seperti Firebug sudah acapkali kedengaran kerana ianya merupakan ‘add-on’ wajib di Firefox. Untuk pengguna pelayar sesawang selain Firefox, boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh GTmetrix.

 

Cara penggunaannya mudah sahaja. Masukkan alamat laman yang ingin dinilai dan tekan ‘enter’. Laman atau blog akan dianalisis dalam tempoh masa yang singkat dan keputusan ditentukan dengan gred – A, B, C dan D.

 

Inilah hasilnya:

Semak prestasi blog dengan GTmetrix

Keputusan secara keseluruhan

Semak prestasi blog dengan GTmetrix

Analisis daripada Page Speed

 

Semak prestasi blog dengan GTmetrix

Klik bahagian yang tidak mendapat 100 markah. Paparan menunjukkan bahagian yang ‘bermasalah’.

 

Selamat mencuba. Pasti kelemahan yang wujud dapat diatasi segera.

Previous
Next Post »