Blogger memperkenalkan fungsi mesra telefon bimbit

  Blogger memperkenalkan fungsi mesra telefon bimbit

 

    Penulis pernah menghasilkan 2 artikel beberapa bulan yang lalu tentang menambah fungsi mesra telefon bimbit dalam blog kepada pengguna Blogger. 

    1. Ubah tetapan blog supaya mesra telefon bimbit

    2. Jadikan blog mudah alih dengan Google Reader

        Tanpa disangka, Blogger mengambil inisiatif untuk memudahkan pembaca membaca blog menerusi telefon bimbit pintar – TBP – (smartphone). Maklumlah, TBP semakin mendapat tempat di hati pengguna dengan kemunculan Nokia N8, HDC Desire dan iPhone 4.

        Pada 17 Disember yang lalu, Blogger telah memperkenalkan fungsi mesra telefon bimbit dalam blog kepada pengguna Blogger.

        Pengumuman ini memberi gambaran bahawa mereka serius dengan perkembangan penjualan  TBP di pasaran kini. Secara tidak langsung, pengguna dapat melayari blog dalam bentuk mudah alih dan menjimatkan penggunaan data akses daripada TBP.

        Teknomasi difahamkan bahawa setiap akses daripada telefon bimbit pintar secara automatik blog tersebut akan diubah dalam bentuk mudah alih.

      Cara menambah fungsi:

      Blogger memperkenalkan fungsi mesra telefon bimbit

      1. Masuk Blogger In Draft.
      2. Daftar masuk akaun Blogger.
      3. Klik Papan Pemuka (Dashboard) > Tetapan > E-mel & Mudah Alih.
      4. Bahagian Tempat Mudah Alih (beta), klik “Ya, Pada peranti mudah alih, tunjukkan versi mudah alih templat saya.”

      Hasilnya paparan di TBP

      Blogger memperkenalkan fungsi mesra telefon bimbit

      Pandangan dan kritikan

      1. Sekiranya blog saudara menggunakan IntenseDebate untuk ruang komentar pasti berasa kecewa kerana fungsi mudah alih tidak menyokong IntenseDebate.
      2. Akses di TBP lebih pantas, ringan dan mudah dibaca.

      Sumber:

      JomPHP menerusi Blogger in draft

      Previous
      Next Post »