Jangan naik taraf PSP dengan OFW 6.++

Amaran buat pemilik PSP yang bercadang untuk menaik taraf PSP saudara dengan Official Firmware (OFW) baharu, iaitu versi 6.++.

Jangan naik taraf PSP dengan OFW 6.++

Mungkin saudara beranggapan bahawa naik taraf hanya sekadar untuk mencuba-cuba fungsi baharu daripada Sony. Malangnya OFW tersebut tidak boleh diturun taraf (downgrade) kepada Custom Firmware (CFW) sama ada dengan kaedah Chick-HEN atau bateri pandora.

Hal ini menyebabkan saudara tidak dapat lagi bermain permainan PSP dalam bentuk .iso atau .cso melainkan sanggup untuk membeli UMD dalam tempoh terdekat.

Laporan daripada PSP Custom Firmware memberitahu bahawa pembangun yang menggunakan nama sebagai Total_Noobs (TN)sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Teknomasi difahamkan bahawa OFW 6.20 telah berjaya dimodifikasi TN sebanyak 92% dan juga dikenali sebagai CFW Hen 6.20 TN.

Bagi pemilik PSP yang mempunyai firmware 6.++ (kecuali 6.20), tiada kata yang lebih sesuai lagi daripada sabar menanti hasilan baru TN akan datang (itupun kalau tak lama).

Barangkali ada bercadang untuk menggunakan perkhidmatan di kedai? Kedai pun tak boleh buat apa-apa kerana tiada cara yang boleh untuk mengubah atau turun taraf OFW 6.++ kepada CFW.

Jadi, kepada yang bercadang untuk membeli PSP pastikan terlebih dahulu status firmware yang diguna pakai dalam PSP tersebut.

p/s: Jangan nak gatal-gatal tangan tu nak update PSP dengan OFW 6.35 yang terkini. Selepas terhantuk baru nak terngadah, Teknomasi ucapkan tahniah dan padan muka. Kenapa tak baca dahulu ulasan orang ramai di Internet terlebih dahulu?  

Previous
Next Post »