Tips membina set teater wayang di rumah (siri 1)

Pengalaman menonton filem antara di rumah dan pawagam cukup berbeza bukan? Bukan sekadar skrin tayangan bersaiz besar, suasana sekeliling, bunyi efek yang menggegarkan dan kualiti gambar.

Bersempena ulang tahun Teknomasi yang pertama, penulis akan berkongsi tips kepada saudara untuk membina sebuah sistem teater wayang di rumah sesuai dengan perbelanjaan saudara.

Tips membina set teater wayang di rumah (siri 1) Secara umumnya, sistem teater wayang di rumah terdiri daripada 4 komponen utama, iaitu TV/projektor, pemain media, pembesar suara dan subwoofer.

TV/projektor 

Alat ini merupakan fokus utama dalam penghasilan sesebuah set teater wayang di rumah. Kejatuhan harga akibat saingan daripada pelbagai jenama pada hari ini dapat membantu saudara berbelanja secara bijak pada harga yang berpatutan.

Dengan belanjawan minimum lingkungan RM2,000, saudara boleh membeli TV berskrin 32 inci atau RM7,000 untuk skrin 50 inci yang sesuai untuk sebuah rumah atau bilik kecil.

Bagi projektor pula, harganya lebih mahal sedikit, dalam lingkungan RM3,000 hingga RM4,000 untuk sebuah projektor yang sesuai.

Pemain media/amplifier + player

Biasanya, pemain media/amplifier + player datang bersama dalam set teater wayang yang dibeli. Hal ini bergantung kepada jenis sistem yang saudara ingin laburkan. Ada pemain media yang berupaya memainkan DVD sahaja atau Blu-ray dan DVD bersama. Terdapat juga pemain media yang mempunyai nilai tambah dengan keupayaan memainkan fail DivX yang dimuat turun tanpa perlu disalin semula ke dalam DVD terlebih dahulu.

Sebagai langkah alternatif, membeli Sony PlayStation 3 (PS3)  merupakan pembelian paling ekonomi dengan 3 dalam 1. PS3 boleh digunakan untuk menonton filem, mendengar music dan semestinya bermain permainan video. Harganya lebih kurang RM2,000 atau lebih bergantung kepada set PS3 dan aksesori tambahan yang dipilih.

Pembesar suara

Berdasarkan sistem yang ingin dibina, saudara boleh memilih sepasang atau dua pasang pembesar suara dengan tambahan satu di tengah. Mungkin sistem bunyi seperti 2.1 atau 5.1 dapat melengkapkan suasana bunyi yang diharap-harapkan.

Subwoofer

Ianya merupakan sebahagian daripada mekanisme bunyi. Subwoofer membekalkan bass. Contohnya, bunyi aras rendah dalam apa-apa filem untuk melengkapkan lagi nikmat bunyi apabila didengar.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa pembesar suara yang biasa sudah memadai. Namun, realiti sebenarnya adalah tidak. Hal ini kerana pembesar suara yang biasa hanya mengeluarkan bunyi ton rata (flat tone) tanpa bass.

Previous
Next Post »

4 Komentar

Write Komentar
mie
AUTHOR
Isnin, Disember 06, 2010 5:40:00 PG delete

tu dia...
brape banyak la kos ni..
ehheee

Reply
avatar
msbmna
AUTHOR
Isnin, Disember 06, 2010 11:32:00 PG delete

Paling minimum untuk TV + pemain media + pembesar suara (sekali subwoofer) = RM20,000.

Kalau dah ada TV dan sistem bunyi yang bagus, beli PS3 sahaja dah cukup.

Pendek kata ikut kemampuan sendiri. Teknomasi cuma bagi panduan sahaja.

Reply
avatar
Afendi Othman
AUTHOR
Selasa, Disember 07, 2010 11:22:00 PG delete

wah..mengidam la camni..hope nanti dah kaya boleh build mcm ni satu..so takyah tgk kt panggung...tgk kt rumah sudah

Reply
avatar
msbmna
AUTHOR
Selasa, Disember 07, 2010 12:02:00 PTG delete

Sekarang Internet pun dah laju. Download dan terus tonton lepas siap. Cakap je nak format jenis apa; avi? rmvb? mkv? Semua ada...

Tak lama lagi industri filem pun bakal bungkus seperti industri lagu...hehehe...

Reply
avatar