Isu sebenar sebalik penggodaman PlayStation Network

Isu sebenar sebalik penggodaman PlayStation Network

PlayStation Network (PSN) merupakan perkhidmatan Sony yang menawarkan permainan dalam talian secara berbilang pemain dan penghantaran media dalam bentuk digital untuk PlayStation 3 (PS3) dan Portable PlayStation (PSP).

 

Pada 19 April 2011, PSN terpaksa ditutup segera kerana berlakunya kecurian maklumat pemilik akaun PSN. Penutupan PSN hampir sebulan telah menimbulkan tanda tanya kepada pelanggan berhubung status PSN kerana tiada pemberitahuan dilakukan oleh Sony.

 

Hal ini memaksa Hirau Kazuo (President PlayStation) dan Howard Stringer (Ketua Pegawai Eksekutif Sony) memohon maaf secara rasmi atas kehilangan maklumat penting pengguna akibat pencerobohan PSN.

 

Dilaporkan bahawa hampir 70 juta data pengguna PSN telah dicuri. Data tersebut melibatkan nama, alamat, alamat e-mel, tarikh lahir, ID dan kata laluan PSN pengguna. Sebagai langkah keselamatan, PSN dan Qriocity telah menutup perkhidmatan PSN segera tanpa memaklumkan kepada pelanggan.

 

Pada 14 Mei 2011, Sony telah membuka semula perkhidmatan PSN kepada pelanggan dengan mewajibkan perubahan kata laluan akaun. Walau bagaimanapun, keesokan harinya berlaku gangguan perkhidmatan PSN di Jepun dan Asia Tenggara.

 

PUNCA

Isu sebenar sebalik penggodaman PlayStation Network

Sony telah menghantar ralat 0x8002A227 kepada beberapa pemilik PS3 yang melakukan ‘jailbreak’ PS3 di Amerika dan Eropah. Hal ini mengakibatkan pemilik disekat terus daripada PSN seumur hidup.

 

Selepas itu, Sony telah mengambil tindakan drastik untuk mendakwa George Hotz, 22 tahun (lebih dikenali sebagai Geohot). Beliau merupakan penggodam yang cukup dikenali dengan hasil kerja menggodam peralatan tegar (firmware) iPhone dan PlayStation 3. Penyebaran cara ‘jailbreak’ PS3 di Internet telah menyebabkan kerugian dan cetak rompak kepada Sony.

 

Walau bagaimanapun, Geohot memberi 3 alasan bahawa kerja-kerja ‘jailbreak’ yang dilakukan beliau sama sekali:

  1. Tidak melibatkan usaha cetak rompak permainan video PS3
  2. Tidak pernah bermain secara dalam talian di PSN, akaun pun tiada
  3. Tidak menggodam apa-apa yang tidak dimilikinya (yang diketahui beliau memiliki PS3 dan iPhone)

Sony menjejaki Geohot menerusi akaun PayPalnya dengan memohon sepina daripada mahkamah. Hasilnya, beliau telah ditemui, disaman dan dihadapkan di mahkamah. Hal ini menyebabkan sebilangan besar pemilik PS3 yang menyokong kerja-kerja ‘jailbreak’ Geohot berasa tidak berpuas hati dan melakukan protes senyap terhadap Sony.

 

Amarah yang tidak dapat dibendung oleh komuniti penggodam disalurkan dalam bentuk serangan demi serangan terhadap PSN. Peristiwa ini berlarutan sehingga sebulan dan memberi tamparan hebat kepada sekuriti Sony. Geohot pada masa yang sama menafikan penglibatannya dalam kerja-kerja menggodam PSN. Menurut Kotaku, Sony mengalami kerugian lebih kurang USD170 juta akibat penggodaman PSN.

 

Akhirnya, Sony terpaksa menyerah ‘kalah’. Kes saman Sony Computer Entertaiment America terhadap Geohot diselesaikan di luar mahkamah.

 

AMBIL HATI

Selepas kejadian tersebut, Sony cuba mengendurkan ketegangan dengan penggodam PS3. Pemilik-pemilik akaun PSN di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Sepanyol dan Itali diberi insentif permainan percuma dan tambahan tempoh masa untuk kandungan premium. Usaha ini tidak lebih daripada menjaga hati pemilik PS3. Antara tawaran insentif yang disediakan Sony ialah:

  1. 2 permainan video daripada 5 pilihan boleh dimuat turun secara percuma, iaitu Dead Nation, inFAMOUS, LittleBigPlanet, Super Stardust HD, Wipeout HD + Fury.
  2. Pemilik PSP boleh memuat turun secara percuma 2 daripada 4 permainan video seperti LittleBigPlanet (PSP), ModNation Racers, Pursuit Force atau Killzone Liberation.
  3. Pelan Program Perlindungan Identiti selama 12 bulan secara percuma termasuk bantuan dan perlindungan insurans.
  4. Kebenaran akses pilihan filem secara percuma melebihi seminggu.

 

RUMUSAN

Tindakan Sony menyaman Geohot merupakan langkah kurang bijak. Mana-mana negara, organisasi atau institusi biasanya akan menawarkan penggodam untuk berkhidmat di bawah mereka. Bakat penggodam dihargai dan digunakan untuk menghasilkan inovasi baharu dalam sekuriti. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan kredibiliti Sony terhadap bakat-bakat baharu dalam bidang sekuriti. 

Isu sebenar sebalik penggodaman PlayStation Network

Baru-baru ini Sony pernah menawarkan kerja kepada Koushik Dutta, seorang penggodam Android sebagai Jurutera Perisian dalam pasukan R&D Sony. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak mentah-mentah secara sinis dengan memberi alasan Sony pernah menghukum Geohot.

 

Artikel Berkaitan:

 

Sumber:

Previous
Next Post »

5 Komentar

Write Komentar
Jumaat, Jun 03, 2011 9:15:00 PG delete

apple diam je..sony je bising2

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Jumaat, Jun 03, 2011 11:11:00 PG delete

@Syazwan Saidan: Masalah yang berlaku tidak melibatkan Apple. Fokus isu ini ialah persaingan bermain permainan video dalam talian antara Sony vs Microsoft.

Ada khabar angin mengatakan bahawa Microsoft membiayai penggodam untuk menjatuhkan Sony menerusi serangan PSN.

Reply
avatar
haizadt
AUTHOR
Khamis, Jun 16, 2011 10:25:00 PG delete

skang ni ada isu yg skmm blok laman2 web yg sharing file, tak boleh bukak kalau duduk kat malaysia...mmg dah blok dah pun...tp sehari dua hari ni laman web kerajaan dah down....mybe sbb kena hack kot...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Selasa, September 06, 2011 4:40:00 PTG delete

as'salam en.admin...
nk tnye sket,da tips x utk unbrick psp?tq =)

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Rabu, September 07, 2011 4:32:00 PTG delete

Tips 'unbrick' PSP kena guna bateri Pandora. Alternatif lain kurang pasti.

Reply
avatar