Opera: Pelayar paling sesuai untuk sambungan internet yang perlahan

Kelajuan Internet yang perlahan cukup menyusahkan. Kerja menjadi perlahan dan masa terbuang kerana menunggu laman yang dibuka.

opera

 

Baru-baru ini Opera 11.1 telah dilancarkan untuk Windows, Linux dan Mac.

 

Antara ciri yang menarik dalam Opera ialah mod turbo untuk memberi kepantasan masa menunggu laman yang dicari walaupun capaian internet perlahan. Secara tidak langsung, ciri ini dapat menjimatkan wang semasa menggunakan Internet di hotel, yang perlu dibayar mengikut per byte.

 

Contohnya, saudara membuat permintaan untuk membuka aizuddin.com, maka pelayar saudara akan memuat turun semua imej, teks, dan fail-fail yang berkaitan terus dari pelayan aizuddin.com. Walau bagaimanapun, dalam kes Opera Turbo, permintaan yang sama akan dihalakan ke pelayan Opera terlebih dahulu, kemudiannya memadatkan kandungan laman tersebut sebelum dihidangkan kepada saudara.

 

Kandungan dan susun atur tidak akan berubah, cuma kualiti imej sahaja dikurangkan semasa proses pemadatan kandungan dilakukan. Yang penting sekarang, masa menunggu laman menjadi lebih singkat walaupun capaian Internet dalam keadaan lembab.

Previous
Next Post »