Kad nama interaktif OnePage

Kad nama interaktif OnePageMemiliki kad nama sendiri memudahkan urusan semasa berkenalan. Tidak perlu mencari pen dan kertas untuk mencatat butiran individu yang ingin dikenali. Walaupun tidak bekerja dalam bidang profesional, memiliki kad nama mampu meningkatkan karisma di mata orang lain. Kad nama biasa perlu ditempah dan dicetak di kedai dengan harga yang tertentu.

Jadi, bagaimana pula dengan kenalan di alam maya? 

OnePage memperkenalkan kad nama interaktif secara percuma kepada pengguna Internet. Baik usahawan, pegawai, pengurus mahupun blogger, penggunaan OnePage cukup praktikal dan memudahkan urusan. Hasil ciptaan Joel Gascoigne, graduan daripada Universiti Warwick ini boleh diintegrasikan dengan 8 jenis perhubungan. Antaranya ialah asas, media, akhbar dan penanda, mesej segera, blog, profesional, dokumen dan lokasi.

Kad nama interaktif OnePage

Saudara boleh memautkan Facebook, Twitter, Linkedin, Skype dan Foursquare terus pada kad interaktif yang dihasilkan. Mudah bukan?

Jangan lupa untuk meletakkan nama dan sedikit biografi tentang saudara bersama. Sesudah siap, bolehlah berkongsi di Facebook, Twitter atau blog dengan cara menyalin kod html yang diberikan.

Kad nama interaktif OnePage

Sekadar contoh ;)

Selamat mencuba!

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
farieza
AUTHOR
Jumaat, Julai 01, 2011 9:35:00 PTG delete

menarik ya!tq atas perkongsian.

Reply
avatar