Pasangan selalu intip satu sama lain?

Pasangan selalu intip satu sama lain?Percaya atau tidak, seseorang tidak boleh mengelak daripada mengintip pasangan masing-masing baik lelaki mahupun perempuan, sama ada telah berkahwin atau sedang hangat bercinta.

 

Satu tinjauan umum terhadap 1,000 responden dalam talian yang dijalankan oleh Retrevo, sebuah laman jual-beli dalam talian dan ulasan mendapati bahawa 1 daripada 3 orang mengintip pasangan mereka dengan cara membaca e-mel atau menyemak senarai panggilan keluar-masuk tanpa pengetahuan mereka.

 

Kajian tersebut juga mendapati bahawa perempuan lebih cenderung untuk mengintip berbanding lelaki. Berikut merupakan hasil keputusan kajian:

 

 

Lelaki

Perempuan

Sedang bercinta

30%

35%

Telah berkahwin

32%

41%

 
Jadi, saudara boleh menguji sama ada kajian ini benar-benar berlaku atau tidak dengan meninggalkan telefon untuk ke tandas semasa makan bersama di restoran. Boleh juga sengaja membiarkan e-mel atau Facebook tidak didaftar keluar.
 
Persoalannya, adakah saudara takut dengan orangnya daripada berkomunikasi dengan cara baik? Tepuk dada, tanya sendiri.
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
farieza
AUTHOR
Ahad, Julai 24, 2011 10:05:00 PG delete

oooo. ye ke? tq atas informasi saudara.

Reply
avatar