Josh Cell, pembangun perisian dari Brazil telah menghasilkan perisian sandaran (backup) untuk Windows Vista, 7 dan Office 2010. Perisian ini dapat membantu pengguna membuat sandaran terhadap pendaftaran lesen original daripada hilang.
Pengguna hanya perlu menekan butang sandaran untuk merakam lesen dan pemulihan (restore) untuk mengaktifkan Windows Vista, 7 atau Office 2010 semula. Jadi, pengguna boleh mengaktifkan pendaftaran lesen secara talian tertutup (offline) selepas memformat komputer.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa perisian ini akan menggalakkan kecurian lesen original secara terbuka, namun terdapat fail Tokens.dat yang mengandungi tandatangan digital selepas melakukan sandaran untuk menghalang daripada digunakan di komputer yang lain.
Sumber: Josh Cell menerusi MyDigitalLife
2 Komentar
Write Komentarmana nak dapatkan software ni?
ReplyKlik di bahagian sumber. Mana-mana pun boleh.
ReplyEmoticonEmoticon