6 permainan video wajib untuk platform iOS

6 permainan video wajib untuk platform iOS

Bagi pengguna , dan , tiada yang lebih menarik daripada bermain permainan video dengan sentuhan jari. Bagi pengguna yang belum mencuba lagi mungkin tidak tahu, pengalaman pengguna iPad, iPhone dan iPod Touch sahaja yang tahu keseronokannya.

Kali ini penulis akan memaparkan 5 buah yang wajib dipasang dalam iPad, iPhone atau iPod Touch dan sedikit ulasan tentangnya. Perkara yang pasti, permainan-permainan ini mampu membuatkan si pemain rasa asyik, teruja dan ketagih.

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

1. ANGRY BIRDS

Genre: Aksi

Pembangun: Rovio

Ulasan:

Siapa tidak kenal dengan 7 jenis burung bersaudara? Pakar pembunuh babi hijau yang gaya ketawanya cukup sinis dan menyakitkan hati. Hinggakan anak-anak kecil, remaja waima dewasa pun sudah ketagih dengan setiap produk berunsurkan Angry Birds pada hari ini seperti baju, patung dan pelapik iPhone/iPad.

Kemunculan Angry Birds pertama kali sudah berjaya menjadi fenomena kepada permainan video berunsurkan sentuhan. Hasilan Rovio berjaya memenuhi citarasa pengguna dengan catatan muat turun sebanyak 250 juta kali hingga Jun 2011, termasuklah siri Angry Birds Seasons dan Angry Birds Rio. Berdasarkan rekod App Store, permainan ini berada di tangga pertama jualan selama 275 hari! Mengagumkan!

Selain itu, permainan ini juga diberi beberapa anugerah seperti Best Casual Games (Februari 2010), Best Game App dan App of The Year (April 2011) serta Best Games for Mobile (15th Webby Award).

Apa lagi yang mahu dikatakan dengan Angry Birds?

*Boleh juga dapatkan Angry Birds edisi komputer secara percuma dan tema Angry Birds untuk Windows 7.

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

2. CUT THE ROPE

Genre: Hiburan-Pendidikan

Pembangun: ZeptoLab, Chillingo

Ulasan:

Melihat keletah Om Nom yang menelan gula-gula Nano cukup mencuit hati. Mungkin saudara anggap permainannya mudah, namun memerlukan daya kreativiti dan strategi yang tinggi. Berfikir luar kotak bak kata orang.

Tugasan mengumpul 3 bintang perlu dilaksanakan dengan pergerakan jari ‘memotong’ tali. Ada kala, tema latar permainan mendesak pemain merencana sesuatu untuk menyelesaikan teka-teki permainan seperti latar kotak magik, kotak kosmik, kotak Valentine dan lain-lain lagi. Gangguan seperti labah-labah, duri dan elektrik seringkali menjadikan saudara lebih kelam kabut. Hahaha.

Selain itu, Cut The Rope menawarkan grafik yang mengagumkan. Edisi terkini menawarkan pilihan tambahan 2 jenis manisan lagi, iaitu donut dan kek krim. Peringkat-peringkat permainan pula ditawarkan lebih banyak helah yang selalu menghampakan Om Nom.

Jangan tunggu lagi, teruskan misi mengenyangkan Om Nom. Anda pasti terhibur!

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

3. PLANTS VS ZOMBIES

Genre: Teka-teki (puzzle)

Pembangun: PopCap

Ulasan:

Sekumpulan hantu (zombie) akan menyerang rumah manusia. Untuk menghalang hantu daripada menikmati otak manusia, saudara perlu menggunakan senjata tumbuh-tumbuhan bagi menghalang/menghapuskan hantu.

Pertarungan berlaku di beberapa kawasan seperti kolam renang, laman rumah, atas bumbung dan waktu malam. Kombinasi senjata tumbuh-tumbuhan yang ideal dapat membantu tuan rumah daripada dibunuh. Asas permainan, saudara perlu menanam pokok sebanyak mungkin untuk mendapatkan bilangan matahari  dan membeli senjata. Sekiranya pemain mahu mendapatkan lebih banyak wang atau membeli senjata yang lebih berkuasa, kebun perlu sentiasa dijaga, disiram dan dirawat.

Berbeza daripada siri Plants VS Zombies untuk edisi komputer, bermain di platform iOS lebih menarik kerana jari pemain perlu ‘bekerja keras’.

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

4. NINJA FRUIT

Genre: Aksi

Pembangun: Halfbreak Studios

Ulasan:

Saudara mahu menjadi seorang ninja? Cubalah bermain Ninja Fruit. Memotong buah-buahan dengan jari umpama sedang beraksi bersama katana. Pelbagai pilihan mod permainan ditawarkan.

Jangan lupa untuk menemui Sensei untuk mendapatkan nasihat dan fakta tentang buah-buahan. Mungkin membantu sepanjang pengembaraan saudara nanti.

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

5. FLIGHT CONTROL

Genre: Simulasi penerbangan

Pembangun: Namco Bandai, Firemint

Ulasan:

Permainan video Flight Control memerlukan arahan daripada pemain untuk mendaratkan kapal terbang di landasan yang betul.

Tampak mudah. Namun begitu, bunyi amaran semasa kapal-kapal terbang hampir berlanggar menimbulkan huru-hara. Semakin lama bermain, semakin banyak kapal terbang muncul untuk mendarat di landasan. Jari mesti menarik kapal terbang ke landasan yang betul. Pengurusan masa menjadi isu pokok permainan video ini.

48 peringkat cabaran ditambah pula dengan 24 peringkat jurulatih ditawarkan dalam kepermainan Flight Control. Juga, terdapat 4 jenis kapal terbang pengangkut dan 7 jenis kapal terbang biasa yang berbeza-beza kegunaannya.

Adakah saudara sudah sedia menjadi pengawai penghubung kapal terbang untuk mendarat?

 

6 permainan video wajib untuk platform iOS

6. WORLD OF GOO

Genre: Hiburan-Pendidikan

Pembangun: 2D Boy

Ulasan:

Pertama kali bermain permainan ini, penulis langsung tidak dapat memahami kehendak kepermainan. Selepas mencuba beberapa kali, timbul rasa minat dan teruja.

Di dalam dunia Goo, berjuta-juta bebola Goo boleh didapati. Setiap spesis bebola Goo mempunyai keunikan yang tersendiri. World of Goo Corporation merupakan syarikat pengeluar produk berasaskan Goo. Pemain perlu memastikan bilangan Goo yang diperolehi mencukupi kehendak tangki. Semasa bermain, jangan lupa untuk mendapatkan klu daripada The Sign Painter.

Mungkin saudara berpendapat World of Goo membosankan pada mulanya. Walau bagaimanapun, senarai 14 anugerah yang diperolehi akan menafikan pandangan negatif tersebut. Antaranya ialah:

  • Best Design - Academy of Interactive Arts and Sciences
  • Best Downloadable Title - Game Developers Choice Awards
  • Best Design - Independent Games Festival
  • Technical Excellence - Independent Games Festival
  • Best Indie Game - Spike TV Video Game Awards
  • Game of the Year - Rock Paper Shotgun
  • Game of the Year - GameTunnel
  • Wii Game of the Year - IGN
  • Best PC Puzzle Game - IGN
  • Best Wii Puzzle Game - IGN
  • Best Artistic Design Wii - IGN
  • Best New IP Wii - IGN
  • Most Innovative Design Wii - IGN
  • Puzzler of the Year - Golden Joystick Awards

Tambahan pula, TouchArcade dan MetaCritic mengumumkan World of Goo sebagai "iPad Game of the Year".

Setakat ini, permainan video untuk platform iOS hanya ekslusif untuk iPad, iPhone dan iPod Touch sahaja. Melainkan Angry Birds, Plants VS Zombie dan Ninja Fruit dikeluarkan untuk platform komputer.

Untuk memuat turun permainan video di iPad, iPhone atau iPod Touch saudara, bolehlah membelinya di AppStore.

Previous
Next Post »