Main permainan video Android dengan kawalan Sixaxis

Adakala bermain permainan video dengan skrin sesentuh sedikit sukar dan menjejaskan keputusan pemain. Lalu terlintas di fikiran kita, alangkah baiknya permainan video dapat dimainkan dengan kawalan Sixaxis seperti sedang bermain PS3.

Baru-baru ini, Dancing Pixel Studio telah menghasilkan sebuah aplikasi yang membenarkan penggunaan kawalan Sixaxis atau DualShock 3 di telefon bimbit pintar dan tablet Android. Sambungannya umpama kawalan biasa yang disambung ke komputer menerusi kabel USB.

Main permainan video Android dengan kawalan SixaxisMain permainan video Android dengan kawalan SixaxisMain permainan video Android dengan kawalan Sixaxis

Walau bagaimanapun, aplikasi ini hanya boleh digunakan selepas gajet Android saudara melakukan proses ‘Rooting’ (satu cara ‘jailbreak’ untuk Android). Selain itu, dilaporkan bahawa beberapa model HTC dan Samsung tidak dapat menggunakan aplikasi ini lagi. Harus diingat bahawa aplikasi ini baharu sahaja dilancarkan, barangkali naik taraf untuk edisi seterusnya dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang timbul.

Pemilik telefon bimbit pintar dan tablet Android bolehlah tersenyum lebar dan berlagak dengan pemilik iPhone dan BlackBerry selepas ini.

Main permainan video Android dengan kawalan Sixaxis. Oh yeah!

Sumber: Sixaxis Controller menerusi Dancing Pixel Studios

Previous
Next Post »