20 widget percuma dan berguna untuk hiasi Windows

20 widget percuma dan berguna untuk hiasi Windows

Widget mula diperkenalkan buat pertama kali di Windows Vista. Widget jam dan kalendar menghiasi di bahagian atas sebelah kiri setiap kali menghidupkan komputer. Walau bagaimanapun, penghasilannya telah diberhentikan oleh Windows atas sebab-sebab tertentu. Namun, pengguna yang berminat dengan  widget masih boleh disokong oleh Windows 7.

Kebiasaannya, pengguna memasang beberapa widget untuk menghiasi ruang laman hadapan komputer. Hal ini akan menyerlahkan lagi Netbook dan komputer riba si pengguna menjadi lebih cantik dan menarik.

Dari sudut yang lain pula, pemasangan widget sebenarnya mengganggu sedikit prestasi dan kelancaran komputer kerana melibatkan penggunaan RAM. Kalau memasang 2-3 widget sahaja tiada masalah sebenarnya.

20 widget percuma dan berguna untuk hiasi Windows

Berikut merupakan 20 widget yang boleh dimuat turun dan dipasang mengikut cita rasa pembaca:

 

  1. Battery Meter – Paparan kadar bateri yang masih ada.
  2. Network Meter – Paparan sambungan internet yang sedang digunakan, kelajuan semasa dan kekuatan liputan.
  3. All CPU Meter – Paparan penggunaan teras CPU.
  4. GPU Meter – Paparan penggunaan kad grafik.
  5. Xirrus Wi-Fi Monitor – Paparan kekuatan liputan Wi-Fi dan kelajuan perpindahan data. 
  6. Drive Activity – Memaparkan pemacu yang sedang bekerja (busy) dan berehat (idle) dalam setiap masa.
  7. Drive Info – Paparan baki ruang dalam cakera keras.
  8. Uptime – Paparan masa penggunaan komputer.
  9. World Clock – Jam.
  10. Weather Underground – Ramalan kaji cuaca.
  11. World Weather Orange – Ramalan kaji cuaca.
  12. Earthquake Meter – Maklumat gempa bumi di seluruh dunia.
  13. Blue Calendar – Kalendar.
  14. Clipboard Manager – Salin petikan atau nota penting untuk perhatian.
  15. The Magic Folder – Terus membuka folder yang ditanda.
  16. FB Explorer – Sesuai untuk peminat FB. Segala makluman akan dipaparkan.
  17. Remote Desktop – Gajet ini memudahkan sambungan atau mengawal ke komputer yang lain.
  18. All Search – Carian pantas tanpa perlu membuka pelayar terlebih dahulu. Google, Yahoo!, Bing dan Amazon antara gelintar yang ditawarkan.
  19. Piano – Gajet ini membenarkan anda memainkan muzik dengan papan kekunci.
  20. TOP Vista Shutdown Control – Fungsi Shutdown, Hibernate atau Sleep mudah dicapai dengan satu klik sahaja.
Previous
Next Post »