Penyelesaian masalah “No Sim” iPhone 3GS

Penyelesaian masalah “No Sim” iPhone 3GS

Penulis sebenarnya bercadang untuk mencuba iOS 5.0.1 di iPhone 3GS. Entah bagaimana, liputan operator telekomunikasi tidak dapat dikesan sebaik proses naik taraf selesai.

Sekian lama mencari penyelesaian, akhirnya seorang pemilik iPhone 3GS memberi sedikit tips di ruangan komentar OSXDaily. Tutorial ini telah dicuba oleh penulis dan hasilnya berkesan.

 

Model yang dicuba

iDevices: iPhone 3GS

iOS: 5.0.1

Baseband: 6.15

 

Perisian

  • iTunes terkini
  • redsn0w terkini – 0.9.9b8

 

Langkah-langkahnya:

  1. Sambungkan iPhone tanpa kad sim ke komputer dan jalankan iTunes
  2. Pastikan ianya dalam keadaan mod DFU
  3. Restore iphone dengan iOS 5.0.1 sehingga selesai
  4. Buka redsn0w, klik Extras dan tetapkan iPhone dalam mod DFU
  5. Setelah iPhone berada dalam mod DFU, klik Extras > Select IPSW (pilih iOS 5.0, bukan 5.0.1)
  6. Mulakan Jailbreak
  7. Tanda (/) pada install cydia, install iPad baseband dan de-active phone
  8. Jalankan proses Jailbreak seperti biasa dan tunggu hingga iPhone boot semula.
  9. Selepas iPhone memaparkan arahan No Sim Card, masukkan kad sim saudara dan kini iPhone sudah boleh beroperasi seperti biasa.
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
acapz
AUTHOR
Ahad, November 27, 2011 8:04:00 PG delete

nice info bro. mmg kdng2 ade prob bnda ni ke untk 3gs. lol. huhu

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Ahad, November 27, 2011 12:21:00 PTG delete

Bukan masalah iPhone bro. Tapi sejak iOS 5 keluar macam-macam tak kena.

Reply
avatar