Cuti sekolah sudah semakin berakhir. Tiada aktiviti untuk diisi waktu lapang? Teknomasi punya cadangan untuk pembaca menghabiskan masa dengan aktiviti yang menarik. Nak tahu? Teruskan membaca.
Andai kata saudara mengenali Danbo, pastinya saudara juga tahu apa itu patung mainan kertas (papercraft toy).
Sayalah Danbo!
Dengan hanya berkonsepkan muat turun – cetak – potong – tampal, Cubeecraft menawarkan pelbagai pilihan watak yang boleh dijadikan sebagai patung mainan kertas hasilan sendiri.
Alatan yang perlu digunakan untuk menghasilkan setiap patung mainan kertas ialah sekeping kertas A4, gunting, pencetak dan gam sahaja. Saiz patung mainan kertas Cubeecraft direka mengikut saiz A4 sebenar.
Mari kita lihat, apakah watak-watak yang boleh dijadikan sebagai patung mainan kertas saudara?
Austin Power
T-800 dalam filem Terminator
V for Vendetta
Robocop
Captain Jack Sparrow
Steve Jobs
Spiderman
Sony PlayStation
“Expecto Patronum!” – Harry Potter
Dragonball Z – Goku dan Bezita
LANGKAH-LANGKAH
1. Penulis bercadang untuk menghasilkan patung mainan kertas Iron Man.
2. Muat turun dahulu dan cetak di atas kertas A4.
3. Gunting bahagian-bahagian Iron Man mengikut cetakan di kertas. Jangan salah, kalau tidak tak jadi!
4. Gam setiap bahagian mengikut huruf-huruf di hujung kertas.
5. Aras kesukaran menghasilkan sesuatu patung mainan kertas dipaparkan bilangan guntingan. Paling mudah 1/5 hingga 5/5 yang paling sukar.
6. Sesudah siap meletakkan gam, pasang bahagian-bahagian yang lain hingga rupanya sama seperti Iron Man.
Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon