Goodreads: Laman sosial untuk bibliofilia

Goodreads: Laman sosial untuk bibliofilia

Facebook, Twitter dan Google+ antara laman sosial popular dan berpengaruh kini. Tanpa disedari, terdapat juga laman sosial khusus buat peminat buku atau lebih dikenali sebagai bibliofilia, iaitu Goodreads.

Goodreads merupakan laman sosial berunsurkan katalog dan komuniti. Berbeza dengan laman sosial yang sedia ada, fokus Goodreads tertumpu kepada ulasan buku, katalog perpustakaan peribadi, cadangan dan perbincangan kumpulan sesebuah buku serta senarai bacaan peribadi.

Goodreads: Laman sosial untuk bibliofilia

Di sini, saudara boleh meletakkan bahan bacaan pilihan peribadi dan mencadangkan kepada teman-teman yang lain tentang buku-buku yang dibaca oleh saudara. Sistem pemarkahan dan kritikan yang disediakan sangat membantu saudara memilih bahan bacaan yang bagus dan berkualiti berdasarkan genre yang diminati.

Sehingga Julai 2011, sebuah artikel dalam The Louisville Courier Journal menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 5.2 juta pembaca yang memiliki akaun di Goodreads. Laman sosial yang diilhamkan oleh Otis Chandler pada penghujung tahun 2006 ini dibuka secara percuma.  

Secara peribadi, Goodreads boleh dijadikan sebagai perekod sejumlah bacaan kita selama ini. Apabila melihat teman-teman Goodreads sentiasa mengemaskini buku yang telah dibaca, secara tidak langsung kita akan terdorong untuk membaca dengan lebih kerap. Ianya merupakan satu bentuk galakan kepada diri kita untuk membaca sejumlah buku dalam tempoh setahun.

Hal ini penting kerana negara-negara maju seperti Jepun, Amerika, Finland dan Jerman mempunyai kadar literasi tinggi sehingga 99%. Masalah buta huruf seringkali dikaitkan dengan kegagalan membaca, mengira, menulis dan menaakul.

Selepas mendaftarkan diri di Goodreads, jangan lupa untuk menambah penulis dalam kalangan rakan anda di Goodreads: http://goo.gl/gYZXs

Previous
Next Post »