Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Pengguna menggunakan aplikasi Flipboard, Pulse atau Zite untuk melanggan laman sesawang atau blog yang diminati dan dipaparkan dalam bentuk format majalah. Sebelum ini, membaca daripada langganan suapan RSS cukup bosan kerana dipenuhi dengan tulisan dan gambar (jika ada).

Baru-baru ini, Google telah melancarkan Google Currents. Ianya boleh dikatakan sebagai alternatif kepada Pulse dan Flipboard. Cara langganan masih sama seperti melanggan RSS, namun persembahannya lebih menarik. Umpama membaca majalah di tablet atau telefon pintar.

Aplikasi ini disediakan dalam 2 platform, iaitu Android dan iOS.

 

Nak tahu bagaimana rupanya? Lihat di bawah.

 

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Paparan blog Teknomasi dalam bentuk Google Currents

 

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Laman yang dilanggani RSSnya

 

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Tajuk berita, artikel dan blog boleh dikongsi terus menerusi laman sosial yang lain seperti Twitter dan Facebook

 

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Pilihan langganan mengikut tema

 

Google Currents: Paparan blog umpama majalah

Artikel yang dipilih untuk dibaca dengan Google Currents

 

Setakat ini, pemilik akaun App Store di luar kawasan US belum boleh dapat menggunakannya kerana dalam tempoh pengujian sebelum dibuka kepada semua negara.

Previous
Next Post »