Mengapa harga katrij pencetak terlalu mahal?

Mengapa harga katrij pencetak terlalu mahal?

Sebagai pengguna, pastinya kita akan tidak berpuas hati dengan harga jualan katrij pencetak yang disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak munasabah. Harga katrij di pasaran mencecah lingkungan RM100 dan ke atas setiap unit.

Bagaimana katrij yang saiznya sebesar bungkusan kentang goreng Mc Donald boleh dijual dengan harga yang sedemikian rupa? Teruskan bacaan dan kita bincangkan di ruangan komentar.

 

ALASAN

1. Harga pencetak

Alasan utama yang dipetik sebagai penyebab harga katrij dakwat mahal ialah penawaran harga pencetak yang murah. Pengilang pencetak menjual pencetak pada kadar yang murah dan menaikkan ‘baki’ dalam jualan dakwat.

 

2. Model perniagaan

Model perniagaan yang dijalankan oleh pengilang pencetak tidak sama dengan model perniagaan kenderaan atau makanan. Jualan pencetak dengan harga murah dan dakwat yang mahal telah dipelopori oleh King C. Gillette dan bilah pisau cukurnya seabad yang lalu. Pemegang pisau cukur diberi percuma atau dijual dengan harga yang murah dan kemudiannya menjual bilah pisau cukur dengan harga premium.

 

3. Keuntungan yang tinggi

Jualan katrij dakwat pada harga yang tinggi bukan setakat ‘mengimbangi’ harga pencetak yang murah. Pada masa yang sama, pengilang membuat keuntungan yang besar untuk menampung kos yang besar kira-kira jutaan Dollar untuk segelen.

 

4. Pemonopolian

Pengilang pencetak melakukan banyak perkara untuk melindungi pasaran mereka. Menurut laporan Christian Science Monitor, Hewlett-Packard pernah membuat tuntutan di mahkamah terhadap Staples supaya berhenti menjual dakwat jenama lain yang serasi dengan pencetak mereka.

 

5. Kajian Penyelidikan

Syarikat pencetak mendakwa mereka telah melaburkan berjuta-juta Dollar dalam bidang kejuruteraan molekul pewarna untuk membuat dakwat terbaik. Mungkin juga hal ini merupakan satu helah perniagaan.

 

KRITIKAN

Anne Kadet menerusi artikelnya di Smart Money telah membuat analisis berhubung isu yang dibangkitkan ini. Antaranya ialah:

  1. Purata harga dakwat telah meningkat sebanyak 360% antara tahun 1999 hingga 2007. Sedangkan, harga sebuah katrij dakwat $30 cuma memerlukan kos sebanyak $3 sahaja. Pembekal sepatutnya boleh mengurangkan lagi harga jualan kepada separuh dan masih memperoleh keuntungan yang bagus.
  2. Walaupun pengilang pencetak kerugian kira-kira $30 pada setiap jualan sebuah pencetak yang berharga $100, namun pengguna biasa (typical customer) akan membelanjakan katrij dakwat lebih daripada 3 kali dalam tempoh 3 tahun.
  3. Model pencetak yang murah biasanya memerlukan dakwat yang paling mahal. Ironi bukan?
  4. Walaupun Hawlett-Packard menggunakan Akta Pembungkusan Adil dan Pelabelan 1966 untuk melindungi perniagaan mereka, terdapat kemusykilan yang dibangkitkan oleh Steve Pociask, Presiden Institut Pengguna Amerika. “Hanya satu pengeluar utama katrij dakwat, iaitu HP yang menawarkan maklumat pembungkusan katrij. Namun, mereka juga perlu memaparkan kos setiap muka surat yang dicetak supaya pengguna mendapat maklumat yang betul untuk membuat pilihan yang tepat.”  

 

RUJUKAN

  1. Castle Ink: Why Printer Ink Is So Expenxive
  2. PC World: Why Do Ink Cartridges Cost So Much?
  3. Christian Science Monitor: Why printer ink is so expensive
  4. Smart Money: Why Printer Ink Is So Expensive
Previous
Next Post »