Ulasan Football Manager 2012

Ulasan Football Manager 2012

Bagi peminat simulasi pengurusan kelab bola sepak, Football Manager bukanlah sesuatu yang asing. Saudara yang bermain permainan video ini boleh mengasah bakat taktikal untuk menjadi seperti Andre Villas-Boas, Martin O’Neill, Sir Alex Feguson atau Harry Redknapp.

Sebelum ini, penulis menjangkakan beberapa peningkatan atau fungsi baharu dalam Football Manager 2012 berbanding Football Manager 2011.

Biasanya Football Manager lewat sedikit masuk ke pasaran Malaysia berdasarkan siri-siri yang sebelum ini. Berbeza tahun ini, seminggu selepas tarikh pelancaran di Eropah, DVD sudah boleh didapati di Midvalley dengan harga RM140 seunit. Cara yang lain, saudara boleh membeli menerusi Steam.

 

KEPERLUAN SPESIFIKASI MINIMUM

Spesifikasi komputer untuk memainkan FM2012 tidak terlalu tinggi. Dengan hanya menggunakan pemproses Intel atau AMD, RAM 1GB dan ruang cakera keras sebanyak 5GB sudah boleh memasang FM2012. Walau bagaimanapun, spesifikasi komputer yang rendah akan memberi kesan kepada kelancaran semasa bermain. Sebaik-baiknya RAM 2GB dan ke atas dan terdapat kad grafik untuk menjana paparan 3D yang minimum.

Andai kata saudara tidak memiliki kad grafik, paparan 3D boleh ditutup di bahagian tetapan untuk membenarkan paparan 2D sahaja.

 

KELEBIHAN FM2012

  1. Perincian permainan FM2012 semakin bertambah. Baik dari profil kelab hinggalah ke pengurusan pasukan bawah 18 setiap pasukan menimbulkan keterujaan kepada saudara selaku pengurus pasukan seolah-olah mengendalikan pasukan yang sebenar. Walaupun FIFA Manager 2012 lebih terperinci, namun begitu perinciannya terlalu mengarut. FM2012 lebih praktikal dan tertumpu kepada pengurusan bola sepak sahaja.
  2. Boleh menyebabkan kita ketagih. Perencanaan taktikal yang betul hingga pasukan menang menimbulkan satu rasa kepuasan yang tidak terhingga. Pemain-pemain muda yang berbakat seawal 16 hingga 18 tahun boleh diasuh menjadi pemain bintang jika menerima latihan yang betul.

 

KEKURANGAN FM2012

  1. Terdapat pepijat kecil (minor bug) dalam FM2012. Contohnya, FM2012 versi 12.0.4 tidak boleh menggunakan fungsi Scouting > Compare With.
  2. Penjanaan 3D untuk paparan perlawanan boleh ditambah baik lagi kualitinya.

 

PENGALAMAN

Penulis telah memulakan permainan dengan memilih Swansea sebagai pasukan pilihan kerana dipengaruhi oleh kehebatan Michel Vorm sebagai penjaga gol dalam saingan EPL. Pasukan ini berdasarkan laporan penolong pengurus mempunyai masalah di bahagian tengah dan pertahanan tengah. Sebagai kelab yang baru dinaikkan liga, sumber kewangan tidak banyak untuk dibelanjakan berbeza jika mengurus Man. City, Barcelona atau Real Madrid.

Ulasan Football Manager 2012

Pasukan Swansea 2013

 

Beberapa pemain dibeli atau didapati secara percuma seperti Maniche (Percuma), Hinkel Andreas (Percuma), Yaya Sanogo ($4M), Marco Verrati ($5M) dan Vanden Borre ($525K).

FM2012 telah mengubah pendekatan laporan kemampuan pemain berbanding FM2011. Pembentukan formasi dan taktikal pasukan menjadi lebih mudah.

Selepas bermain 3 musim (kini 2013), Swansea telah berjaya memenangi satu Piala FA selepas menumpaskan Totenham 1-0, hasil jaringan Scott Sinclair.

Pencapaian dalam liga juga tidak mengecewakan apabila mendapat tempat ke-10 (2011/2012), ke-9 (2012/2013) dan kini tempat ke-5 selepas 27 perlawanan. Di peringkat Piala EUFA pula, Swansea telah layak ke pusingan kalah-mati kali ke-2.

Ulasan Football Manager 2012

Swansea, tempat ke-5

 

Jaringan Terbaik Oktober/2013 – Marco Verrati

 

 

Jaringan Terbaik November/2013 – Scott Sinclair
Previous
Next Post »