Jailbreak BlackBerry PlayBook dengan DingleBerry

Jailbreak BlackBerry PlayBook dengan DingleBerry

Cydia Blog melaporkan bahawa BlackBerry PlayBook sudah boleh di-‘Jailbreak’. Hal ini disahkan oleh para penggodam seperti xpvqus, neuralic dan cmwdotme. Mereka mendakwa bahawa proses godaman tersebut diisytiharkan sebagai Untethered Jailbreak.

Walau bagaimanapun, hasilan daripada Jailbreak tidak dapat membenarkan pengguna akses ke Hulu. Masalah ini akan diatasi oleh kumpulan penggodam pada masa akan datang.

 

LANGKAH-LANGKAHNYA

  1. Muat turun DingleBerry Jailbreak.
  2. Klik kanan pada dingleberry-beta-0.3.zip dan ekstrak fail zip tersebut.
  3. Klik Dingleberry.exe untuk memulakan operasi.
  4. Klik Continue.
  5. Pastikan tetapan BlackBerry PlayBook saudara dalam keadaan yang berikut:
    • Storage and Sharing > enable File Sharing dan Wifi Sharing (tanpa kata laluan)
    • Security > enable Developer Mode > ingat kata laluan yang digunakan
  6. Sambungkan BlackBerry PlayBook ke komputer menerusi USB. Masukkan alamat IP dan kata laluan.
  7. Klik Jailbreak. Proses akan mengambil masa dalam beberapa minit sebelum siap.

 

VIDEO

Jailbreak BlackBerry PlayBook

 

Sumber: Cydia Blog

Previous
Next Post »