4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

 

Consumer Electronics Show (CES) 2012 akan berlangsung di Las Vegas mulai esok. Pameran ini memberi peluang kepada pengusaha dan pengeluar produk elektronik yang akan muncul sepanjang tahun ini.

Sebagai imbasan kepada pembaca, CES 2011, tablet Android telah menjadi isu utama. Televisyen 3D dan pembaca e-book mendominasi pameran pada tahun 2010 manakala netbook pada tahun 2009.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menjadi tarikan pada tahun ini? 5 trenda yang sudah diperkatakan oleh ramai orang ialah:

 

1. OLED

4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

 

OLED merujuk kepada Organic Light Emitting Diode. Kelebihan teknologi OLED ialah paparan warna lebih banyak, masa maklum balas lebih pantas dan jejak (footprint) alat lebih kecil berbanding televisyen LED atau LCD. LG telah mengumumkan bahawa televisyen berdefinisi tinggi OLED yang terbesar di dunia dengan ukuran 55 inci dan ketebalan 0.16 inci. TV ini menjanjikan masa maklum balas kurang 0.0001 per seribu saat berbanding antara 2 hingga 5 per seribu saat untuk LCD.

 

2. Ultrabook

4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

 

Intel telah memperkenalkan konsep komputer riba baharu, iaitu Ultrabook. Ultrabook merujuk kepada komputer riba minimalis dengan reka bentuk yang nipis, menggunakan SSD (Solid State Drive, sejenis cakera keras yang lebih kecil dan mahal daripada yang biasa) dan tempoh hayat bateri yang panjang untuk kegunaan yang kerap. Setakat ini, terdapat beberapa Ultrabook di pasaran seperti Lenovo IdeaPad U300s, Acer Aspire S3 dan Toshiba Portege Z835.

Menurut laporan, usaha ini dilakukan oleh Intel untuk menyaingi pasaran MacBook Air. Spesifikasi Ultrabook pula menjadi tarikah kerana bakal menggunakan prosessor Ivy Bridge selepas kejayaan Sandy Bridge. 

 

3. Telefon pintar dengan empat teras (quad-core)

4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

 

Mulai Mac ini, penghasilan telefon pintar akan dikuasakan dengan pemproses empat teras seperti Nvidia Tegra 3 dan Qualcomm Snapdragon S4. Walaupun telefon pintar berkuasa tinggi, namun masalah kehabisan bateri akan menjadi isu utama selepas ini.

 

4. Ice Cream Sandwich

4 trenda jadi perhatian sempena Consumer Electronics Show 2012

 

Walaupun Apple dijangka mengeluarkan iPad 3, namun pengumuman tersebut dianggap sebagai ‘biasa-biasa’ sahaja. Gajet yang menggunakan Android akan menjadi tumpuan apabila Google melancarkan Android terbaharu, Ice Cream Sandwich kepada umum.

Previous
Next Post »