Fokus Teknomasi tahun 2012

Fokus Teknomasi tahun 2012

 

Biasanya orang meletakkan azam peribadi apabila menjelang tahun baharu. Teknomasi juga tidak terkecuali.

Blog ini mula ditulis pada penghujung tahun 2008. Walaupun penulis belajar sendiri secara perlahan-lahan mengenai blog sejak tahun 2006, banyak eksperimentasi blog tidak menjadi dan memuaskan hati penulis. Setelah puas mencari niche tersendiri, maka terhasillah Teknomasi.

Blog dan niche amat penting untuk membina jenama. Kadangkala nama sahaja blog peribadi tetapi ada kandungan blog luar daripada cerita peribadi. Contohnya, sebut sahaja Beautifulnara, orang akan tahu blog itu blog gosip artis dan bukan blog kewangan. Itulah yang diusahakan oleh penulis. Kalau mahu mencari topik selain teknologi maklumat dan komunikasi, dipersilakan ke tempat lain sebab memang tak disiarkan di sini.

Cabaran terbesar Teknomasi ketika ini ialah mengekalkan konsistensi penulisan artikel. Maklumlah penulisnya seorang diri. Penulisan artikel bergantung kepada kesenggangan waktu penulis kerana sibuk dengan tuntutan dunia pendidikan. Tambahan pula, fokus  yang diketengahkan dalam penulisan selalunya telah diuji oleh penulis sendiri khususnya bab tutorial. Jadi, terdapat beberapa tajuk yang diminati oleh pembaca tidak dapat disiarkan sekiranya penulis tidak tahu dan faham. Sekiranya ramai meminta, insyallah akan diusahakan.

Untuk mengatasi masalah konsistensi penyiaran artikel, mungkin boleh diatasi dengan memberi peluang kepada pekarya bebas (freelance) menghantar artikel di sini. Sebagai tanda penghargaan, pautan blog pekarya akan diletakkan di bawah sebagai tanda kredit.

Teknomasi membayar setiap artikel?

Buat masa ini Teknomasi belum mampu untuk membayar setiap artikel yang dihantar, suatu hari nanti siapa tahu?

 

Kaca Mata Penulis

Penghasilan blog dengan niche teknologi maklumat dan komunikasi agak sukar mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia lebih meminati blog dengan niche gosip artis, politik dan persendirian khususnya blog perempuan yang cantik lagi comel. Secara tidak langsung, hal ini merupakan satu cabaran besar kepada penulis-penulis blog seperti Teknomasi.

Selain itu, blog bernichekan teknologi maklumat dan komunikasi kurang diminati oleh pembaca wanita. Barangkali penulisan yang bersifat teknikal dan tidak menepati selera mereka membuatkan genre blog sebegini kurang mendapat tempat. Maka, penulis perlu merencana strategi yang berbeza untuk menarik golongan wanita membaca Teknomasi pada tahun ini.

 

Pencapaian

Alhamdulillah, Teknomasi kini sudah berjaya mencapai sasaran pada tahun lalu, iaitu melepasi angka bawah daripada #1,000,000 untuk kedudukan Alexa seluruh dunia. Bagi kategori Malaysia, blog ini berjaya berada di kedudukan ke-4,898. Pencapaian sebegini secara tidak langsung dapat memotivasikan penulis untuk terus menulis. Pagerank Teknomasi setakat ini juga sudah berjaya mendapatkan 2/10.

 

Harapan

Harapan penulis semoga Teknomasi berjaya meluaskan pengaruh dan jenama ke seluruh Malaysia. Kalau boleh, dapat satu – dua gajet daripada pengeluar tak kisah sama ada tempatan atau luar untuk dibuat ulasan. Sebelum ini, penulis pernah juga memohon penyertaan Maxis. Mungkin belum ada rezeki lagi.

 

Sasaran penghujung tahun 2012

Alexa seluruh dunia: bawah #500,000

Alexa Malaysia: bawah #1,000

Komuniti Facebook: melebihi 1,000 orang

 

Berangan: Kalaulah jenama Teknomasi dapat menempatkan diri sama seperti Gizmodo, Lifehacker dan Engadjet versi Malaysia dan punyai wartawan di bawah naungannya, bukankah lebih baik? Nak bersaing dengan Amanz, JomPHP dan Mr. Piratz pun belum tentu lagi. Hehehe…

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
farieza
AUTHOR
Jumaat, Januari 06, 2012 11:59:00 PG delete

Bagus. Teruskan menulis ya. Jgn putus asa! Dah mula bekerja nanti, banyak pula tuntutan lain.

Reply
avatar