Jailbreak iPhone 4S dan iPad 2 dengan Absinthe

Jailbreak iPhone 4S dan iPad 2 dengan Absinthe

Sekian lama menanti, akhirnya 4S dan iPad 2 sudah boleh di-Jailbreak dengan mode Unthetered Jailbreak. Alat untuk proses Jailbreak iDevices yang menggunakan pemproses A5 ini dinamakan sebagai Absinthe.

Langkah-langkah untuk Jailbreak:

Jailbreak iPhone 4S dan iPad 2 dengan Absinthe

  1. Buat sandaran (backup) dengan iTunes terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan
  2. Muat turun Absinthe 0.2: Windows | Mac OSX
  3. Buka fail zip dan jalankan Absinthe
  4. Sambungkan iPhone 4S dan iPad 2 ke komputer dan tekan Jailbreak.
  5. Tunggu sehingga proses Jailbreak selesai.
  6. Absinthe akan muncul di skrin iDevices
  7. Tekan Absinthe dan proses reboot akan berlaku secara automatik

*Sekiranya terdapat mesej Error establishing a database connection, masuk bahagian Settings dan hidupkan (on) VPN.

**Pastikan saudara menggunakan Absinthe 0.2 kerana terdapat beberapa ralat berlaku selepas Jailbreak dengan Absinthe 0.1.

Jailbreak iPhone 4S dan iPad 2
Previous
Next Post »