Naik taraf Cydia kepada versi 1.1.4

Naik taraf Cydia kepada versi 1.1.4

Cydia merupakan aplikasi untuk iOS yang mengandungi pelbagai pakej perisian seperti aplikasi, sistem tambahan dan modifikasi antara muka. Cydia akan muncul di skrin iDevices selepas melakukan Jailbreak.

Pelbagai aplikasi yang ditawarkan oleh Cydia baik percuma mahupun yang berbayar. Yang pasti banyak fungsi-fungsi menarik yang boleh mengatasi batasan pada iOS. Contohnya, bermain permainan video SNES dan GBA di iPhone, menjadikan iPad sebagai router, mengubah antara muka sama seperti Samsung Galaxy II dan Windows Phone 7 serta menjadikan iDevices lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing. 

Baru-baru ini, Cydia telah mengeluarkan versi baharu, iaitu 1.1.4. Naik taraf boleh dibuat tanpa memerlukan proses Jailbreak semula dan disokong semua alat sama ada menggunakan pemproses A4 atau A5.

Sebelum memulakan proses kemas kini Cydia, pastikan dan iPad saudara telah di-Jailbreak dan mempunyai aplikasi iFile daripada Cydia.

Langkah-langkahnya:

  1. Buka Safari
  2. Taip http://www.spiritjb.org/cydia114/
  3. Buka fail dengan iFile dan pilih Installer.
  4. Cydia akan dikemas kini dan mengambil sedikit masa.
  5. Reboot semula iPhone/iPad saudara.
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, November 01, 2013 11:35:00 PTG delete

Naik taraf Cydia iphone

Reply
avatar