Ulasan Windows 8 Developer Preview

Ulasan Windows 8 Developer Preview

Mukadimah

Windows 8 Developer Preview merupakan system operasi baharu yang dilancarkan oleh Microsoft khususnya kepada pembangun dan individu yang berkecimpung dalam penghasilan aplikasi untuk dimuatkan di Windows Store.

Menurut beberapa laporan, langkah ini dibuat oleh Microsoft berikutan saingan daripada Apple yang berjaya menarik peratusan yang besar pengguna di dunia selepas kejayaan iPhone dan iPad. Secara tidak langsung, Windows 8 Developer Preview merupakan langkah awal Microsoft menceburi pula dalam perniagaan tablet.

Kalau Apple mengeluarkan iOS untuk tablet manakala Mac OS X untuk komputer dan Google pula menghasilkan Android untuk tablet manakala Chrome OS untuk Chromebook. Windows 8 Developer Preview menawarkan sesuatu yang berbeda. Baik tablet mahupun komputer, system operasinya tetap sama ekosistemnya. Aplikasi yang disediakan boleh digunakan pada apa-apa jua pelantar tanpa sebarang masalah resolusi. Hal ini akan menjimatkan kos produktiviti pada masa akan datang.

Untuk memuat turun Windows 8 Developer Preview, bolehlah klik di sini.

 

Kagum sampai tak jumpa butang ‘shut down’

Ulasan Windows 8 Developer Preview

Selepas siap memasang Windows 8 Developer Preview, penulis memulakan kerja-kerja menggodek ciri-ciri dan fungsi baharu yang cuba diketengahkan oleh Microsoft. Antara muka dengan gaya Metro UI yang muncul selepas ‘boot’.

Walaupun Windows 8 Developer Preview dipasang bukan di tablet, paparan Metro UI masih boleh menggunakan tetikus tanpa masalah. Cuma terasa kekok sedikit. Rasanya kalau penulis ada skrin komputer yang boleh disentuh barangkali lebih menarik.

Selain itu, terdapat beberapa permainan video baharu seperti Word Hunt, Labyrinth, Chess dan Zero Gravity yang mengasyikkan di Metro UI. Keasyikan bermain boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari umpama bermain Cut The Rope atau Angry Bird.

Yang lawaknya, penulis tidak menemui butang ‘shut down’. Butang Windows di ruang taskbar tidak sama sebagaimana siri-siri Windows sebelum ini. Terpaksa cari tutorial di internet, rupa-rupanya ada pintasan butang Win+i untuk ‘shut down’. Jikalau saudara benar-benar rasa tidak selesa, boleh menukar menu Start Windows 8 kepada Windows 7.

 

Windows 8 sebagai sistem operasi utama?

Oleh kerana Windows 8 yang dikeluarkan oleh Microsoft ini masih dalam proses percubaan, penulis tidak menggalakkan kepada saudara untuk menggunakannya. Kemungkinan masalah dan ralat timbul sangat tinggi. Menurut Maximum PC, perisian Photoshop versi 64-bit tidak dapat disokong oleh Windows 8 versi 64-bit. LOL!

Walau bagaimanapun, Windows 8 boleh menjalankan mana-mana perisian dan pemacu (driver) perkakasan yang serasi dengan Windows 7. Sebagai langkah keselamatan, buat sandaran (backup) terlebih dahulu dengan Driver Max.

Ulasan Windows 8 Developer Preview

Selain itu, saudara mesti mengemas kini Microsoft .NET Framework 3.5.1 untuk mengelakkan masalah perisian tidak serasi dengan Windows 8. Proses ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan cara:

Control Panel > Programs > Programs and Features > Turn Windows features on or off > tandakan kotak Microsoft .Net Framework 3.5.1 > OK

Sehingga hari ini, penulis belum menghadapi sebarang masalah sepanjang menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasi utama. Kerja-kerja dokumentasi, melayari internet dan menonton video dapat dijalankan secara lancar. Cuma permainan video belum pernah dipasang lagi.

Andai kata saudara berminat untuk mencuba, disarankan supaya menggunakan VirtualBox atau VMWare daripada memformat semula komputer.

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Fadhil
AUTHOR
Sabtu, Januari 14, 2012 1:44:00 PTG delete

Nampak menarik untuk dicuba. Rasa-rasa komputer spec mesti kena power kan?

Reply
avatar
Ahad, Januari 15, 2012 9:29:00 PG delete

Spesifikasi minimun untuk Windows 8 boleh rujuk pautan muat turun Windows 8 kat atas.

Reply
avatar