Apple lancarkan iPad 3, di pasaran mulai 16 Mac

Apple lancarkan iPad 3, di pasaran mulai 16 Mac

Bertempat di Yerba Buena Center, San Francisco, Apple mengumumkan produk baharu mereka, iaitu iPad 3.

iPad 3 menggunakan pemproses A5X dan cip grafik empat teras (quad-core). Dakwa Apple, prestasi daripada teknologi baharu yang diperkenalkan menawarkan prestasi 4 kali lebih baik daripada Tegra 3.

Selain itu, iPad 3 dilengkapi dengan kamera iSight beresolusi 5 megapiksel dan antena binaan dalaman LTE yang menyokong 4G.

Apple lancarkan iPad 3, di pasaran mulai 16 Mac

Secara peribadi, iPad 3 bukanlah pilihan yang terbaik kepada pemilik iPad dan iPad 2 untuk menggantikan tablet sedia ada. Hal ini kerana naik taraf yang dibuat pada iPad 3 hanya melibatkan prestasi tablet semata-mata.

Tambahan pula di Malaysia, liputan 4G belum lagi meluas dan sesuatu yang janggal bergambar dengan tablet.

Walau bagaimanapun, tiada salahnya jika saudara bercadang untuk memilikinya sebuah andai berkemampuan. iPad 3 dijangka menembusi pasaran Malaysia pada penghujung Mac. Anggaran harga iPad 3 sekitar RM 1,500. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang Apple.

Disiarkan menerusi Blogsy for iPad.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Gombug
AUTHOR
Ahad, April 29, 2012 1:40:00 PTG delete

Flashback trojan: Ancaman virus terbesar 2012 bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net

Reply
avatar