Kereta Ford Mustang 1967 diberi nafas baharu dengan teknologi Microsoft

Kereta Ford Mustang 1967 diberi nafas baharu dengan teknologi Microsoft

Channel 9/Codding4Fun bekerjasama dengan Ryan Friedlinghaus, pereka automotif terkenal dunia dan bintang dalam rancangan Discovery Channel Velocity dalam Project Detroit. Projek ini berkaitan dengan usaha sama antara Microsoft dan West Coast Customs memberi nafas baharu kepada kereta Ford Mustang 1967 dengan teknologi terkini Microsoft.

Menurut laporan, 10 ciri tambahan yang akan dipasang pada Mustang tersebut. Antaranya ialah:

  • Kawalan dengan telefon pintar Windows Phone 7 menerusi aplikasi Viper SmartStart.
  • Akses Wi-Fi terus dari Mustang.
  • Papan pemuka baharu dengan skrin sesentuh dan gaya reka bentuk Windows 8 metro.
  • Cermin hadapan umpama skrin di jet pejuang dan sokongan Bing Maps.
  • Penyeragaman informasi trafik, kawalan suara dan komunikasi bebas tangan.
  • Cermin belakang menyokong XBOX 360 dan Kinect.
  • Audio dan video boleh diakses secara langsung dan terkini.
  • Kelajuan, lokasi, RPM dan tangki minyak boleh diakses menerusi perkhidmatan awan.
  • Menyokong sistem bunyi luaran dan bunyi hon boleh ditukar seperti nada bunyi telefon.
  • Cermin belakang boleh mengesan jarak kenderaan di belakang dan memberi amaran seperti “Jangan terlalu rapat sangat!”

Barangkali Proton atau Perodua boleh mengambil inisiatif sebegini untuk menarik minat pengguna terhadap jenama negara. Boleh belikan kereta di atas satu untuk saya? ;P

Sumber: Project Detroit

Previous
Next Post »