Generasi MacBook Pro 2012 yang seterusnya

Generasi MacBook Pro 2012 yang seterusnya

Menjelang penghujung April, Apple bakal menawarkan MacBook Pro (MBP) generasi baharu kepada umum. Khabarnya rekaan MBP ini akan dinipiskan sama seperti MacBook Air (MBA) sebagai tanda komputer riba yang memenuhi tuntutan masa akan datang.

Model MBP baharu akan menggunakan Ivy Bridge, iaitu pemproses baharu yang diperkenalkan oleh Intel. Menurut Intel, prestasi komputer riba yang menggunakan pemproses Ivy Bridge meningkat 20% berbanding pemproses Sandy Bridge yang digunakan sebelum ini. Selain itu, Ivy Bridge dikatakan turut membantu meningkatkan prestasi grafik sebanyak 30%.

Oleh kerana kenipisan MBP generasi 2012, Apple tidak akan menggunakan cakera keras konvensional lagi sebagai storan dalam produk mereka. Solid State Disk (SSD) akan menjadi storan pilihan selain lebih selamat, pantas dan berkuasa. Penggunaan cakera keras konvensional sebenarnya memberi kesan negatif kepada jangka hayat bateri komputer riba.

Tambahan pula, pemacu CD/DVD, sambungan port Ethernet dan FireWire akan ditiadakan. Yang tinggal cuma port USB, Thunderbolt dan pembaca kad memori SD. MBP 2012 juga dijangkakan akan menggunakan kad grafik berkuasa dari siri Radeon HD 7700m. 

Berikutan faktor nipis, penggunaan SSD dan pengurangan komponen tertentu dalam MBP 2012, ramai menjangkakan jangka hayat bateri yang ditawarkan nanti lebih panjang. Silap-silap boleh bertahan seharian bekerja!.

Previous
Next Post »