Mengapa Cydia perlu menambah nilai (reload) data setiap masa?

Mengapa Cydia perlu menambah nilai (reload) data setiap masa?Setiap kali menggunakan Cydia, pastinya saudara perasan bahawa indeks keseluruhan pakej akan dimuat turun daripada pelayan pihak ketiga untuk disimpan di dalam pustaka. Hal ini menyebabkan  masa pelancaran boleh meningkat dengan ketara bergantung kepada kelajuan sambungan internet.

Saurik telah menjelaskan hal ini sebagai maklum balas terhadap soalan yang diajukan di Reddit baru-baru ini.

Menurutnya, proses muat semula data (Reloading Data) akan berlaku dengan lebih cepat khususnya peranti Apple baharu yang menggunakan pemproses A5.

Berbeza pula dengan bahagian muat turun pakej dari pelayan pihak ketiga. Cydia tidak seperti App Store yang menyimpan seluruh pakej katalog dalam pustaka.

Hal ini bermaksud Cydia sebenarnya menyimpan banyak pakej dalam pustaka dan hanya akan memaklumkan kepada pengguna apabila terdapatnya kemas kini baharu.

Katanya lagi, sekiranya operasi Cydia sama seperti App Store proses muat turun fail-fail besar akan memberi kesan kepada hosting. Beliau mengharapkan penyedia fail repo dapat mengubah seksyen tema supaya diberi pilihan kepada pengguna untuk dibuka-tutup supaya prestasi Cydia menjadi lebih efektif.

Previous
Next Post »