Papan induk Asus menyokong Thunderbolt

Papan induk Asus menyokong Thunderbolt

Berhubung berita teknologi Thunderbolt bakal dinikmati pengguna Windows, Asus dilaporkan bakal mengeluarkan 6 model papan induk terbaharu yang turut dimuatkan bersama teknologi Thunderbolt. Keupayaan Thunderbolt dalam proses pemindahan data dengan kelajuan tinggi telah diakui banyak pihak setelah Apple memperkenalkannya pada MacBook Pro sebelum ini. Kelajuan pemindahan data dengan Thunderbolt dinilai sekitar 10GB sesaat.

Syarikat dari Taiwan tersebut mengesahkan senarai model papan induk yang menyokong teknologi Thunderbolt ialah:

  1. Maximus V Gene
  2. P8Z77-V Deluxe
  3. P8Z77-V Pro
  4. P8Z77-V
  5. Sabertooth Z77
  6. P8H77-VP8H77-M Pro

Berita ini pastinya membuka lembaran baharu kepada pengeluar-pengeluar perkakasan untuk menghasilkan produk baharu mereka. Bagi pengguna yang selalu menyimpan koleksi lagu, filem dan fail dalam skala yang besar, Thunderbolt bakal menjimatkan masa pengguna menjimatkan data.

Previous
Next Post »