Teknologi Thunderbolt bakal dipindahkan ke Windows

Teknologi Thunderbolt bakal dipindahkan ke Windows

Menurut laporan CNet, syarikat LaCie bakal memperkenalkan storan SSD dengan teknologi Thunderbolt untuk Windows menjelang NabShow 2012. Dengan kelajuan perpindahan data sepantas 10GB sesaat, saudara boleh memindahkan sebuah filem HD kurang daripada 30 saat.

Teknologi Thunderbolt dijangka masuk ke pasaran Windows apabila pelancaran Ivy Bridge dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

Sekiranya saudara bercadang untuk membeli atau menukar komputer riba, lebih baik tangguhkan seketika sekiranya tiada keperluan kecemasan. Spesifikasi sistem komputer akan dinaik taraf dengan pemproses Intel Ivy Bridge awal bulan Mei.

Apple juga bercadang untuk mengeluarkan generasi MacBook Pro baharu sempena pengenalan Ivy Bridge. 

Sumber: CNet

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
theRiver
AUTHOR
Rabu, Mei 23, 2012 12:07:00 PG delete

Minta cadangan saudara berkenaan dengan desktop all in one yang terbaik utk menonton film dalam paparan 3D berdifinasi tinggi (HD)..

Reply
avatar
Rabu, Mei 23, 2012 10:42:00 PTG delete

Insyallah saya akan cuba usahakan.

Selalunya spesifikasi sistem komputer bukan keutamaan untuk kepuasan menonton seperti di wayang. Yang penting ialah pemilihan skrin monitor dan pembesar suara yang baik.

Reply
avatar