Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun pengguna Android, ada berbayar dan percuma. Terpulang kepada kita sebagai pengguna. Walaupun percuma, tidak semestinya tidak bagus.
Teknomasi senaraikan beberapa aplikasi percuma yang menarik sepanjang tahun ini.
Read It Later
Read It Later boleh menyimpan laman dan video untuk dibaca kemudian pada waktu yang lapang. Saudara tidak perlu tergopoh-gopoh untuk menghabiskan bacaan ketika sedang sibuk bekerja atau memandu.
Pulse
Pilihan utama untuk membaca berita atau blog kegemaran yang dilanggan. Pembaca tidak lagi ketinggalan ceritera terkini. Selain itu, antara muka Pulse yang ditawarkan bersih, licin dan mudah diuruskan. Pengguna boleh berkongsi arkikel, sync untuk bacaan luar talian dan imbas tajuk secara pantas.
Dolphin Browser HD
Pelayar internet umpama Google Chrome. Menawarkan fungsi-fungsi hebat seperti Add-on, User Agents dan Gestures.
Anti-Android Network Toolkit
Aplikasi yang mampu menukarkan Android menjadi alat ancaman rangkaian yang menggerunkan.
IMDB Movie & TV
Laman penuh maklumat tentang artis, filem dan komentar pengkritik filem. Penting untuk pengguna yang mementingkan kualiti dan jalan cerita yang baik. Tidaklah pula nanti membazir masa di dalam panggung.
Laman sosial yang tidak perlu diterangkan lagi.
Google Plus
Laman Sosial daripada Google.
Kongsikan gambar anda setiap hari kepada rakan-rakan dengan Instagram.
ESPN ScoreCenter
Liputan sukan dunia setiap masa.
Groupon
Tawaran baucer barangan atau perkhidmatan sehingga 50%. Promosi terhad. Jimat dan menguntungkan.
Words With Friends
Permainan menyusun perkataan umpama Scrabble.
Angry Bird Space
Melastik burung dalam dimensi ruang angkasa.
Guns N Glory
Peminat taktikal dan peperangan.
Ada lagi aplikasi yang menarik untuk dikongsikan bersama?
EmoticonEmoticon