Ulasan Yoobao Power Bank 11200mAh

Ulasan Yoobao Power Bank 11200mAh

 

3 hari menunggu, barang yang dipesan tiba jua akhirnya. Yoobao Power Bank 11200mAh dengan harga RM155. Mungkin ramai yang kurang mengenali jenama Yoobao. Bagi peminat gajet tegar, jenama Yoobao terkenal dengan bateri dan pengecas pengembara yang berkuasa. Yoobao menyokong pelbagai jenama gajet seperti Nokia, Samsung, Sony, BlackBerry, HTC dan Apple.

 

1 set model YB-642 ini didatangkan bersama 10 aksesori dan buku manual.  10 aksesori tersebut terdiri daripada penyambung Apple, Nokia DC2.0, PSP, Samsung, Sony Ericsson, mikro, USB mini, penyesuai (adapter), kabel penukar DC 3.5 dan USB mikro.

 

Operasi

  • Kapasiti kuasa Yoobao Power Bank 11200mAh ditentukan oleh 5 kapasiti cahaya di bawah butang. Andai kata kapasiti kuasa penuh, 5 cahaya LED biru akan muncul. Satu cahaya LED biru mewakili kira-kira 20% bekalan kuasa. Menurut sumber Yoobao, model ini berupaya mengecas gajet sehingga 540 jam pada satu-satu masa.
  • Saudara perlu menekan butang selama 2 saat untuk memulakan atau memadamkan proses mengecas gajet.
  • Untuk memulakan proses mengecas, sambungkan wayar ke output yang betul mengikut model gajet saudara. Contohnya, output USB 1A untuk Nokia, HTC, BlackBerry, Samsung, Sony Ericcson, LG dan telefon bimbit yang menggunakan alat input DC 5V~1A manakala output USB 2A untuk iPhone, iPad dan tablet.
  • Selain itu, terdapat fungsi lampu suluh apabila menekan lama butang pengecas. 

 

Status Mengecas

Semasa mengecas gajet:

  • Cahaya LED merah menandakan proses mengecas gajet berlaku.
  • Cahaya LED biru menandakan, gajet sudah dicas penuh.

 

Semasa mengecas YB-642:

  • Cahaya LED merah menandakan proses mengecas YB-642 berlaku.
  • Cahaya LED biru menandakan, kapasiti YB-642 dicas penuh.

 

Ulasan Yoobao Power Bank 11200mAhUlasan Yoobao Power Bank 11200mAhUlasan Yoobao Power Bank 11200mAhUlasan Yoobao Power Bank 11200mAhUlasan Yoobao Power Bank 11200mAhUlasan Yoobao Power Bank 11200mAh

 

Rumusan

Sudah menjadi kelaziman sekarang seseorang memiliki gajet lebih daripada satu. Telefon bimbit, pemain MP3, GPS, kamera digital dan tablet, semuanya menggunakan bateri. Bagaimana mahu mengecas semua apabila di luar rumah? Dengan memiliki Yoobao Power Bank 11200mAh, saudara tidak perlu lagi tercari-cari plug berhampiran untuk mengecas gajet anda.

 

Walaupun saiznya sama besar seperti Western Digital MyPassport, faktor kapasiti kuasa yang tinggi untuk mengecas sangat berguna kepada pengembara atau mereka yang selalu bekerja di luar kawasan. Kapasiti kuasa yang besar dan mampu bertahan untuk dicas dalam tempoh 5 hari dengan harga yang rendah, penulis berpendapat ianya merupakan gajet yang perlu dimiliki. Tak rugi.

Previous
Next Post »

12 Komentar

Write Komentar
Jumaat, Oktober 12, 2012 11:05:00 PG delete

abang..boleh ke smbil mengecas menggunakn power bank ni smbil kita on-line..?

Reply
avatar
Jumaat, Oktober 12, 2012 11:06:00 PG delete

abang..boleh ke smbil mengecas menggunakn power bank ni smbil kita on-line..?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Rabu, Mac 06, 2013 12:38:00 PTG delete

Askom bro..Bro nk tnye skit bole,,Sy ade gune yoobou 11200mAh utk Samsung Galaxy S3..Tpi bro hnphone sy bateri belum full tpi Powerbank sy dh mati dulu..Agak2 ape mslah bro ?

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Rabu, Mac 06, 2013 1:22:00 PTG delete

Lepas 3-4 hari biasanya cas dalam power bank akan habis.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Mac 29, 2013 6:42:00 PG delete

nak tanya..kenapa cas dlm power bank ni leh abis sendiri tnpa digunakan..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, Mei 08, 2013 4:31:00 PTG delete

power bank ni boleh cas ps vita ke

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Isnin, Mei 27, 2013 12:50:00 PG delete

Sebab semua jenis "bateri" akan ada conversion efficiency loss nya sendiri. Power bank akan di nyahcas kan secara automotik jika tidak di gunakan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Khamis, Mei 30, 2013 7:24:00 PTG delete

Kenapa saya punya power bank tak nyala lampu merah mahupun biru sekarang ni. Sorry baru beli tu tak tahu sangat. Ni first time cas.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Mei 31, 2013 12:40:00 PTG delete

Power bank yb 642 sy 8jam charge, led light dh warna biru.dlm manual katanya 15jam baru fully charged. bila guna utk charge phone, baru 40% dahhbs powernya. blh tlg beri pencerahan?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Khamis, Julai 11, 2013 8:53:00 PTG delete

biasa untuk telefon yang 3.7v same dengan 1450 mAh..sng kate skali cas dah menggunakan 1A lbh..kalau untuk 4.5V plak cmne ea..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Rabu, Ogos 21, 2013 9:30:00 PTG delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
avatar